PRU 13 : Felda bukan lagi kubu kuat BN

TEMERLOH - Barisan Nasional (BN) dan Umno diingatkan supaya tidak lagi menganggap tanah rancangan Felda sebagai kubu kuat mereka untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hal ini berikutan di tanah rancangan itu ada generasi kedua yang mana pemikiran mereka lebih terbuka dan sambutan kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat semakin baik.

Menurutnya, potensi PAS dan PR untuk menang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti diihat lebih baik kerana melihat pada sokongan orang ramai yang sangat menggalakkan sekarang.


“Saya cukup gembira melihat sambutan rakyat Kedah di Himpunan Hijau beberapa hari lalu yang sangat menggerunkan kerana jumlahyang begitu ramai.

“Di Johor pula yang juga dikatakan kubu kuat Umno juga mendapat sambutan yang begitu ramai termasuk di negeri Pahang ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Himpunan Hijau PAS ke Putrajaya Ganti Umno peringkat negeri Pahang, di Markas PAS, Kerdau dekat sini.

Hadir sama, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Lebih 30,000 ahli PAS seluruh Pahang membanjiri Tapak Markas PAS itu bagi memberi sokongan penuh menjayakan Himpunan Hijau PAS ke Putrajaya Ganti Umno peringkat negeri Pahang.

Hadi berkata, di Terengganu pula, Majlis Himpunan Hijau itu turut disertai 7,000 konvoi bermotosikal yang mana mendapat kerjasama baik pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, pihak PDRM menjalankan tugas mereka sebaik mungkin dan tidak ada sebarang masalah yang timbul  kerana mereka menjalakan tanggungjawab sebaik mungkin tanpa berpihak kepada mana-mana parti politik.

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Abdul Hadi gembira kerana penerimaan PAS kini sudah diterima masyarakat dalam pelbagai latar belakang dan kerjaya.

“Kita lihat ramai kalangan profesional, kakitangan awam dan artis sudah mula menyertai dan bersama-sama PAS. Bagi golongan artis,mereka mempunyai peminat tersendiri dan itu merupakan salah satu faktor yang boleh menarik lebih ramai peminat mereka untuk sama-sama menyertai perjuangan PAS,” katanya.

Dalam majlis itu, Datuk Seri Abdul Hadi turut merasmikan majlis pelancaran buku berjudul ‘Senyumlah’. Sinar Harian - 2 Julai 2012

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula