MAT SAID TIDAK BERTANDING PRU13 ?


Datuk Seri Idris Jusoh telah membuat kenyataan secara rasmi tidak akan bertanding untuk PRU-13 dengan memberikan laluan kepada muka baru dan menyelesaikan masalah yang berlaku di Terengganu kian lama.

Kenyataan yang dikeluarkan sebaik sahaja selepas ucapan Perasmian DS Najib pada Perhimpunan UMNO kali ini. Mengikut sumber kenyataan ini adalah kenyataan secara halus untuk mendesak Dato' Ahmad Said untuk tidak bertanding juga pada PRU-13.

DS Najib telah menjanjikan satu pos yang istimewa atas kesudian DS Idris Jusoh dalam hal ini bagi mengatasi masalah 'TIKAM DARI BELAKANG' oleh puak-puak yang tidak puas hati dalam UMNO Terengganu.

Percaturan Politik Baru di Terengganu juga melibatkan Sultan Mizan, kerana Menteri Besar yang bakal dilantik mesti dkalangan orang yang boleh diterima oleh Sultan.

Mengikut Sumber lagi Ahmad Sabery Chik akan dimasukkan ke Terengganu untuk pilihan raya kali ini yang bakal dinobatkan Menteri Besar Terengganu jika UMNO mengekalkan kemenangan di Terengganu.

Walau bagaimanapun Ahmad Said tidak bersetuju dengan "tawaran dan desakan" DS Najib. Ahmad Said telah mengerakkan jenteranya sendiri bagi memberikan tekanan kepada DS Najib dalam hal ini.

Dipercayai akan wujud perang besar dalam UMNO Terengganu dan tikam menikam antara satu sama lain tidak boleh dielak lagi. Lagi malang proses tikam menikam sekarang sudah menjadi 3 penjuru kerana campur tangan DS Najib dalam hal ini.

Yang sah DS Najib telah memutuskan Ahmad Said tidak akan bertanding. Dan kita akan lihat perang 'anak beranak UMNO ini'

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula