Ucapan Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pahang. Balendran a/l N.Balasubramaniam - 24 tahun


“Sekian lama kami menaruh harapan untuk hidup lebih bererti di bumi Malaysia ini, setiap kali diberi kepercayaan oleh BN untuk memberikan kehidupan yang sempurna. Kami juga diulit dengan janji yang indah. Apa yang kami ingin hanya sebidang tanah sekadar untuk mendirikan rumah sebagai tempat berteduh dan bercucuk tanam. Inginkan pendidikan yang sempurna untuk anak cucu kami. Sayangnya kami hanya sekadar ditaburi segunung janji sebelum kami membuang undi. Beginilah hidup kami sejak lebih 50 tahun yang lalu.”

“Bangsa kami terus hidup dalam keadaan ketinggalan. Tiba-tiba ditakdirkan Tuhan, kami telah dipertemukan dengan sinaran cahaya bulan purnama iaitu PAS.”

“Apabila kami melihat Tok Guru sendiri meraikan sami-sami dalam majlis yang dihadiri oleh Tok Guru bahkan pernah mengangkat tangan Penasihat Persatuan Hindu Sanggam. Maka fahamlah kami bahawa PAS dan pemimpinnya adalah orang yang mulia, yang mencintai kedamaian dan kasih sayang sesama manusia yang menghormati manusia lain walaupun berbeza agama dan bangsa, yang berlaku adil apabila diberi amanah dalam pemerintahan.”

“Sesungguhnya kami amat merasa bersalah dan berdosa kepada Tuhan kerana selama ini kami telah membenci orang yang baik-baik dan jujur dalam hidup dan perjuangan mereka.”

“Justeru itu, untuk menebus kembali kesilapan kami sebelum ini kerana membenci orang yang baik-baik ini, kerana termakan fitnah Umno, MCA dan MIC maka kami dengan ini berjanji akan terus memberi sokongan kepada PAS dan akan bekerja kuat agar PAS menang dalam pilihan raya umum akan datang.”

“Ini adalah ikrar kami dari Pemuda DHPP Pahang. Kepada pimpinan PAS, ambillah janji dan ikrar kami ini sebagai semangat untuk terus mara ke hadapan. Kami setia kepada anda selagi mana anda setia dengan perjuangan Islam.”

“Kami tahu bahawa Islam adalah untuk semua dan keadilan Islam adalah untuk semua. Andaikata Tuhan menganugerahkan kemenangan kepada anda, jangan sekali-kali mengkhianati kami, kelak Nabi anda dan Tuhan Allah akan melaknat anda lantas anda akan dimurkai Tuhan dan manusia pun akan membenci anda kerana anda mengkhianati amanah Tuhan.”

“Wahai Tuhan, engkau dengarlah akan ikrar dan rintihan kami ini dan saksikanlah bahawa kami berdiri teguh bersama PAS,”

Ucapan ini dirakam sewaktu pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS peringkat negeri Pahang yang dirasmikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz b. Nik Mat.

2 Comentários:

Ismail Marang said...

Alhamdulillah, kini kebenaran dan ketulusan perjuangan Islam sudah dapat dirasai oleh Non Muslim. Insyaallah janji dan taat setia mereka akan membantu perjuangan Islam. Semoga Allah Taala membukakan pintu-pintu hati mereka untuk menerima Islam. Allahu Akbar!

Anonymous said...

Alhamdulillah, Jadi jangan menggunakan Islam untuk melemahkan ummat Islam lain sudah la. Macam sekarang ni PAS mempergunakan perkataan Islam, Hukum islam untuk menarik perhatian rakyat semata mata. cubalah berubah. Islam itu indah dan suci jadi jangan rosakkan Islam.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula