Sumbangan Diperlukan Dari Semua

Bukit Kuang, Kijal. Jantung adalah merupakan salah satu organ terpenting dalam tubuh badan manusia. Jika sekiranya ia tidak berfungsi dengan sempurna, maka ia akan membawa masalah kepada yang empunya tubuh badan tersebut.

Inilah yang berlaku kepada Adik Muhammad Amin Afifin b. Razali yang berusia 2 tahun 5 bulan ini. Beliau yang disahkan oleh Pakar Jantung di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur 2 minggu yang lalu telah mengalami saluran injap yang sempit.

Bapanya Encik Razali ada bercerita tentang anaknya yang seringkali apabila kesejukan, semua kuku anaknya akan menjadi kebiruan. Setelah diperiksa oleh salah satu klinik disini ternyata anaknya menghadapi masalah jantung.

Yang mengharukan kita ialah anaknya perlu dibedah pada 22/9/2010 nanti dengan kos pembedahan sebanyak RM18,000.00.

Untuk pengetahuan semua, bapanya bekerja sebagai fitter disalah sebuah kilang di Gebeng yang berstatuskan sebagai pekerja kontrak dimana sekarang disuruh oleh majikannya sebagai pekerja 'standby'.

Bapa mana yang sanggup membiarkan anaknya tidak sempurna seperti anak-anak kecil lain yang bermain, berlari, ketawa dan belajar.

Oleh itu, dengan sedikit info ini kami berharap boleh memberitahu kepada Penyumbang-penyumbang di luar sana yang prihatin terhadap Adik kita ini agar dapatlah memberi kan sedikit-sebanyak sumbangan untuk menampung kos pembedahan ini sejurusnya meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh Bapa kepada adik Muhammad Amin Afifin.

Mana-mana penderma yang ingin menyumbang boleh menghubungi terus bapanya iaitu Encik Razali b. Awang.

H/P : 013 9524795

Alamat : 434-1, Kampung Pengkalan Cicar, Bukit Kuang, 24000, Kemaman, Terengganu.

Akaun Maybank : 163028660784 Zaleha Bt. Ismail (Ibu kepada Adik Muhammad)




Semoga sumbangan saudara-saudara ini diberkati Allah.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula