Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!


Pihak Pemuda PAS Dun Kijal ingin mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan dan semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.

Rasulullah S.A.W apabila bertemu sahabat baginda dalam bulan Ramadhan nescaya baginda akan berkata "Ramadhan Karim!" maka sahabat baginda akan membalasnya dengan lafaz "Allahu Akram!"

Adapan maksud yang dikehendaki daripada lafaz "Ramadhan Karim!" ialah "Semoga kamu mendapat kemulian dalam bulan Ramadhan!" manakala maksud lafaz "Allahu Akram!" pula ialah "Semoga Allah memumuliakan kamu dalam bulan Ramadhan ini!"

Insya-Allah kita dapat mengamalkan ucapan seperti di atas apabila bertemu dengan sahabat kita dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Hadis Kelebihan bulan Ramadhan:

  1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi
  2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi
  3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi

Semoga kita semua dapat mengambil menafaat daripada hadis-hadis di atas Insya-Allah!

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula