Masjid Bujal: Antara Kezaliman dan Kerakusan Kerajaan BN Terengganu

(Tapak Masjid Bujal)

Masihkah kita ingat akan peristiwa yang menimpa Masjid Bujal di Kemaman pada tanggal 26 Mei 2005? Antara kerakusan dan kezaliman Kerajaan BN Terengganu di bawah pimpinan Idris Jusoh ketika itu telah bertindak merobohkan Masjid Bujal yang juga dikenali sebagai Masjid Desa Makmur.

Tidak cukup dengan perobohan Masjid Bujal, Jentera Kerajaan BN yang seumpama Kerajaan Jahiliyah ketika itu turut dikerahkan bagi merobohkan bebapa buah rumah rakyat miskin yang menyerta program Rancangan Tanah Berkelompok (RTB). Ini adalah satu perbuatan yang zalim. Layakkah golongan ini menjadi pemerintah? Sedangkan Sejahat-jahat Yahudi pun tidak menghalau rakyatnya sendiri.

Hari ini tanggal 26 Mei 2010 maka genaplah 5 tahun peristiwa perobohan Masjid Bujal oleh Kerajaan BN Terengganu.

Kini timbul pula isu bahawa Kerajaan BN Terengganu bawah pimpinan Ahmad Said ingin mengambil alih Masjid Pasir Minal untuk dirobohkan dan didirikan Masjid yang baru di tapak yang sama. Apakah relevannya perbuatan mereka ini?

Adakah kita akan membiarkan sahaja perkara ini berterusan? Tidak sama sekali! Kita harus memperjuangkan nasib Masjid Pasir Minal bersama-sama. Kita tidak mahu sejarah yang sama berulang kembali.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula