KEZALIMAN YANG TIDAK DAPAT DIMAAFKAN!!!

MASJID KAMPUNG PASIR MINAL BAKAL DIROBOHKAN???


Pada 9.4.2010, setelah selesai solat Jumaat, ratusan para jemaah telah berkumpul di hadapan Masjid Pasir Minal dan berdemontrasi secara aman bagi menunjukkan reaksi bantahan diatas hasrat kerajaan Negeri Terengganu yang ingin merobohkan Masjid Pasir Minal. Manakala pada sebelah malam pula diadakan solat hajat dan Forum Perdana berhubung isu merampas dan merobohkan Masjid Pasir Minal.


Pada 24.3.2010, semasa pertemuan di atara pemilik tanah Lot GM532 dan Pegawai Tanah Pejabat Daerah, pemilik tanah telah dikejutkan oleh kenyataan Pegawai Tanah bahawa Masjid Pasir Minal akan dibayar sebanyak RM1.35 Juta atas maksud untuk merobohkan Masjid tersebut untuk diganti dengan masjid baru di atas Lot yang sama.


Sebelum itu, seramai 13 orang pemilik tanah Lot GM531 dan Lot GM532 telah menerima notis siasatan Pengambilan Tanah supaya hadir ke Pejabat Tanah Kemaman pada 24.2.2010 bagi membicarakan tuntutan pampasan keatas tanah yang ingin diambil. Namun begitu tiada makluman akan hasrat untuk merobohkan Masjid Pasir Minal dalam pertemuan pertama itu.


Kehadiran jemaah yang melimpahi masjid hingga ke bahu jalan menuntut Masjid Pasir Minal itu dibesarkan. Maka bermula pada penghujung 2005 masjid itu mula melalui proses pembesaran. Hari ini pembesaran masjid itu memasuki fasa ke-3 iaitu menyiapkan anjung hadapan dan kiri masjid. Sehingga kini kos pembinaannya telah mencecah RM1.2 Juta, yang mana seratus peratus didermakan oleh orang perseorangan, peniaga-peniaga, ahli korperat dan syarikat swasta. Manakala sumbangan daripada kerajaan tempatan dan negeri tidak pernah diterima walaupun permohonan dibuat beberapa kali.


Persoalan yang timbul ialah kenapa Kerajaan Negeri yang didalangi oleh juak-juak UMNO ini tiba-tiba sahaja berminat hendak ‘membantu’ Qariah Pasir Minal dan tindakan ‘membantu’ itu kelihatan cukup pelik sekali, mungkin lebih pelik daripada cerita-cerita pelik……masjid yang hampir siap sepenuhnya, dibina dengan lebih cantik dan lebih kukuh (berbanding dengan sesetengah bangunan yang dibina oleh ‘OKU’-Orang Kuat Umno) dan dibina melalui sedekah jariah orang ramai tiba-tiba hendak dirobohkan tanpa alasan yang munasabah, kemudian masjid baru pula hendak dibina diatas Lot yang sama. Apakah ini tindakan waras, datang daripada manusia yang dikatakan beriman?

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula