RASUAH DAN UMNO TERENGGANU


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu ‘menyohor’ kerana berjaya embuat 11 tangkapan termasuk tujuh kes membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan berkaitan rasuah bagi tempoh suku pertama tahun ini.

Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Saberi Hussain berkata, turut ditangkap adalah dua anggota bomba, seorang kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) termasuk seorang orang awam.

Menurutnya, semua penjawat awam yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, sementara orang awam terbabit disiasat di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM.



“Tangkapan ini juga berdasarkan 120 maklumat berkaitan rasuah yang diterima bagi tempoh suku pertama tahun ini dan daripada jumlah itu, kami telah menyiasat 83 kes.

“Daripada siasatan dilakukan, kami membuka 52 Kertas Penyiasatan Awal (KPA), 16 Kertas Risik (KR) dan tujuh Kertas Siasatan (KS),” katanya

Tapi itu semua cerita ikan bilis! Itu semua cerita lama ! Cerita polis makan rasuah dan cerita pegawai anti rasuah, pun makan rasuah, cerita yang sudah basi.

Mana laporan yang luar biasa? Mana tangkapan ikan jerung? Tidak ada tangkapan yang luar biasa, keatas tuduhan yang luar biasa!

Apa cerita ADUN Kemasik, Rosli Othman dan pembantunya Ramli Abdullah yang ditahan SPRM pada 2 Ogos tahun lalu.

Rosli, Ketua UMNO Bukit Kukuran, yang juga Timbalan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Terengganu, telah ditahan pada jam 9.30 pagi bersama wang tunai RM5,000 di sebuah hotel di Kemaman oleh pegawai SPRM dan ditahan dibalai polis Kemaman.

Rosli dan Ramli dibawa ke Mahkamah majistret Kemaman pada 3 Ogos utuk di reman bagi siasatan dakwaan seorang kontraktor membayar rasuah RM20,000 sebagai sogokan mendapatkan projek lanskap untuk Cekal Sekitar Sdn Bhd.

Sehingga kini tidak ada apa-apa berita tentang kes Rosli, SPRM senyap sunyi bisu?

Bagaimana pula cerita ADUN Kijal?

Ketika beliau disebut-sebut untuk menjadi Menteri Besar Terengganu, sebuah stesyen TV telah menyiarkan berita rasuah ADUN tersebut.

TV3 menyiarkan ada seorang ADUN daripada Kijal yang terlibat dengan tiga rasuah.

Yang pertama Mercu Tanda Kemaman, yang terletak di hadapan Balai Bomba, projek yang berharga RM 3.99 juta

Dua lagi kes sebagaimana didakwa oleh stesyen TV tersebut adalah pembinaan Dewan Seri Amar di bandar Chukai dan pembangunan Bandar Baru Kijal.

Malangnya, kata beliau, setelah ADUN tersebut dilantik sebagai Menteri Besar, TV tersebut tidak lagi mengeluarkan berita itu dan pihak SPRM turut senyap, tidak mengambil apa-apa tindakan.

Sekiranya berita TV3 betul, maka ADUN Kijal mesti didakwa, sebaliknya sekiranya ADUN Kijal yang betul, TV3 mesti diambil tindakan kerana menyiarkan berita bohong!

Apa pula cerita dua Datuk dari Terengganu yang disiasat oleh SPRM pada June, 2009?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12 June, 2009 mengesahkan, siasatan berhubung isu rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) membabitkan dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan hasil siasatan itu dan telah merakamkan keterangan kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu
Menurutnya, SPRM turut mengambil dokumen berkaitan projek pembinaan lebuh raya berkenaan membabitkan kedua-dua mereka.

"Kami telah menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan SPRM untuk tindakan lanjut," katanya ketika dipetik Utusan Malaysia.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit ditahan ketika datang ke pejabat SPRM Shah Alam untuk memberi keterangan kira-kira pukul 11 pagi 11 Ogos, 2009.

Bagaimanapun, kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Bagaimana pula cerita 70 fail ahli politik Terengganu?

Pada 22 November 2007, Pengarah BPR (kini SPRM) negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007.

Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap.

Takkan 3 tahun kertas siasatan tak siap-siap?

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula