Majlis Pelancaran Cawangan Penaja Taman Bestari, Bukit Kuang

Bukit Kuang, Kemaman: Satu lagi cawangan baru telah ditubuhkan di UPU Bukit Kuang, Kemaman. Cawangan ini dinamakan Cawangan Taman Bestari yang telah berjaya mendaftarkan ahli di sekitar kawasan taman tersebut seramai 26 orang dalam pada bulan disember tahun lepas.

Cawangan ini telah dirasmikan oleh Setiausaha MTD Kijal iaitu Sdr. Haji Bidin bin Sulong dan dihadiri pemuda-pemuda serta ahli-ahli jawatankuasa PAS MTD dan jawatankuasa-jawatankuasa UPU Bukit Kuang.

"Dalam perjuangan ini banyak dugaan dan rintangan yang akan
dilalui dan ditempuhi.Dan dalam perjuangan ini juga terdapat
ahli dalam parti ini yang mempunyai sifat-sifat seperti anai-anai yang mana akan memakan dalaman secara perlahan tanpa ada yang mengetahui.Akhirnya sebuah bangunan yang dibina dengan kuat akan roboh sekiranya tidak dicegah anai-anai ini dari awal".

"Dalam parti juga terdapat jawatakuasa yang mempunyai sifat lalat.Sifat ini sangat bahaya kerana sekejap sahaja dia menyebarkan bermacam-macam fitnah dan hasutan kepada jawatankuasa dan ahli yang lain".

Itulah sebahagian dari kata-kata semangat yang disuntik kepada ahli cawangan baru. Semoga cawangan yang baru ditubuhkan ini dapat menyebarkan dan mengembangkan dakyah Islamiah serta perjuangan PAS dengan tabah menghadapai segala rintangan dan dugaan dengan tenang dan sabar.

Gambar-gambar disekitar Majlis Pelancaran Cawangan Penaja Taman Bestari :-

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula