Lawatan Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Kawasan Kemaman

Jan. 20 :Kijal. Lawatan Lajnah Pemerkasaan Parti yang diketuai Ustaz Alias telah diadakan di Markaz PAS Dun Kijal pada malam tadi. Turut menyerikan program ini Sdr.Roslan, Ustaz Ali, Hj. Johan, Sdr. Mohd Hafiz Adam, Hj. Ismail Harun (YDP) serta wakil dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Ustaz Ramlan Mahmud.

Sambutan dari jawatankuasa MTD serta cawangan alhamdulillah lebih kurang 40 orang. Lawatan ini bertujuan memberi penerangan mengenai gerakkerja memperkemaskan kerja parti dari peringkat cawangan seterusnya ke peringkat MTD.

Lawatan ini dipengerusikanPengarah MTD iaitu Ustaz Hazri Jusoh.

Sebenarnya Lajnah Pemerkasaan Parti ini baru sahaja ditubuhkan diperingkat kawasan. Tujuan penubuhan lajnah ini adalah bertujuan dapat mengenalpasti cawangan-cawangan yang gerakkerjanya kurang sempurna dan sekaligus dapat memperbaiki kelemahan cawangan tersebut.

Lajnah ini bukan hanya tertumpu kepada cawangan parti sahaja malah turut mengenalpasti gerakkerja dari Pemuda dan Muslimah juga. Dengan cara ini setiap cawangan dapat di aktifkan gerakkerja jawatankuasanyasejajar menyahut seruan PAS Pusat yang menganggarkan pendaftaran keahlian menjelang 2013 mencecah kepada 1.5 juta keahlian yang berdaftar diseluruh Malaysia.

Menurut sumber dari SPR bahawa seramai 4.39 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi. Ini adalah satu angka yang sangat besar. Semoga dengan tertubuhnya Lajnah Pemerkasaan Parti ini dapat mengubah persepsi ini.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula