Lawatan Kebajikan MTD Kijal

Assalamualaikum........

Semalam MTD Kijal bersama-sama Pengarah MTD (Ustaz Hazri Jusoh) dan Ketua Pemuda Kijal (Sdr.Mohd Azman Mohamed) mengadakan lawatan kebajikan ke Kg. Lubok Lesong. Turut sama dalam lawatan tersebut AJK PAS Kawasan Kemaman iaitu Sdr.Zulkifli Mat Yakin serta Ustaz Zaid.

Lokasi lawatan di rumah sahabat kita iaitu sdr.Sharifuddin setelah mendapat maklumat dari keluarganya mengenai masalah yang sedang ditanggung oleh mereka.

Kami mendapat maklumat bahawa anak lelaki sdr.Sharifuddin yang berusia 3 tahun iaitu adik Mohd Khaidill sedang menanggung penyakit jantung berlubang yang dijangka akan dibedah pada 20 Januari ini diPusat Rawatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Jadi sama-samalah kita doakan agar pembedahan ini berjalan dengan selamat dan ALLAH kurniakan kesihatan kepada adik Mohd Khaidill.

Dari kiri : Sdr.Zulkifli Mat Yakin, Ustaz Hazri Jusoh, Adik Mohd Khaidill, Sdr.Sharifuddin dan Ustaz Zaid.


Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula