Kempen Umno Guna Wang Rakyat


Kijal: Timb. Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Umno akan melancarkan program raksasa "Umno Juara Rakyat". Program ini akan bermula dari awal tahun ini sehnigga PRU ke 13.

Justeru, Pemuda PAS Dun Kijal (PPD Kijal) mengingatkan Umno dan Kerajaan BN agar tidak menggunakan wang rakyat hanya untuk kepentingan dan propaganda parti. Lebih-lebih lagi Umno tidak layak menjadi juara rakyat bahkan lebih layak diklasifikasikan sebagai pengkhianat rakyat.

Umno tidak mampu untuk menggerakkan semua program yang besar dan hebat dengan hanya kekuatan jentera dan kewangan parti sendiri. PPD Kijal yakin Umno akan menggunakan segala jenis jentera dan kewangan kerajaan untuk menjayakan program tersebut bagi meningkatkan sokongan rakyat kepada parti Umno.

Sebagaimana yang diketahui umum, prestasi Umno di mata rakyat semakin buruk, busuk dan merosot serta hanya bergantung kepada wang, jentera kerajaan dan media massa. Bahkan amalan penyelewengan dengan menggunakan bajet serta kewangan kerajaan dalam urusan parti menjadi lumrah dan darah daging Umno.

Antara agensi-agensi kerajaan yang biasa digunakan oleh Umno adalah Kemas, Rela, Polis, Jasa dan yang terbaru adalah Tentera yang menjadi alat kepada Umno dan BN dalam setiap kali pilihanraya.

Jika sekiranya Umno merasa mereka mempunyai kekuatan dan jentera sendiri maka PPD Kijal mencabar pemimpin Umno supaya beraksi atas padang yang sama rata dalam sistem demokrasi ini.





Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula