ISU KALIMAH ALLAH - Bukti Kelemahan Perlembagaan dan Undang-Undang Negara


Sejak kebelakangan ini kita digemparkan oleh Isu Kalimah Allah. Pada pengamatan kami setiap masalah ada puncanya.

Puncanya bermula apabila pihak mahkamah membenarkan penggunaannya oleh Akhbar Mingguan Herald. Ini bermakna sistem perlembagaan dan undang-undang negara ternyata tidak mampu untuk mempertahankan hal-hal yang berkaitan dengan Islam. Segelintirnya asyik mengembar-gemburkan perkara ini sehingga ianya melarat sehingga berlaku pembakaran rumah-rumah ibadat.

Bak kata pepatah, "marahkan nyamuk habis kelambu dibakar".

Sepatutnya kita perlu menguraikan puncanya iaitu undang-undang negara yang membenarkan penggunaan itu.

1. Adakah undang-undang peninggalan penjajah di Malaysia ini masih boleh digunapakai untuk memelihara kesucian agama Islam?

2. Benarkah agama Islam benar-benar menjadi agama rasmi negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan atau hanya sekadar nama sahaja?

3. Apakah usaha yang dilakukan olen kerajaan Umno BN dalam memartabatkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya?

4. Islam itu syumul iaitu merangkumi segala aspek kehidupan manusia sama ada dari sudut kemasyarakatan, politik, undang-undang dan sebagainya. Namun adakah ianya dilaksana secara menyeluruh oleh Kerajaan Malaysia sekarang ini?


Bagi kami tidak ada perlembagaan dan undang-undang yang terbaik selain dari Perlembagaan dan Undang-undang Islam.

Sama-sama kita fikirkan....

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula