Ceramah Isu Semasa di Kijal

Kijal : Satu ceramah yang dianjurkan oleh Perhubungan PAS Kawasan Kemaman dengan dengan kerjasama MTD Kijal telah berjaya diadakan di Markaz PAS Kijal.

Antara penceramah jemputan yang telah menjayakan ceramah ini ialah :
  1. Sdr. Haji Ismail b. Harun ( YDP PAS Kawasan Kemaman)
  2. YB. Ustaz Latif b. Abd. Rahman ( Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan)
  3. Ustaz Tuan Ibrahim b. Tuan Man (Naib Presiden PAS Pusat)
Pelbagai penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh UMNO telah didedahkan pada malam tersebut.

"Mengenai isu wang royalti yang sepatutnya diperolehi oleh Kerajaan Kelantan telah dinafikan haknya oleh 2 orang pimpinan UMNO Kelantan kerana sifat hasad dengki pimpinan UMNO terhadap kerajaan PAS Kelantan. Kalau nak dihitung jarak telaga minyak yang hanya 60 batu nautika dengan perairan memang kerajaan Kelantan layak menerima wang royalti tersebut". (YB.Latif Abd. Rahman)

"Tiada larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain. Kerana mereka juga percaya tentang Allah yang menjadikan alam dan makhluk , cuma mereka ini mengubah penjelasan yang terdapat di dalam kitab-kitab sehingga mereka percaya bahawa Nabi Isa a.s itu anak kepada Allah. Itu yang menyesatkan mereka. Tapi kalau sekadar mengucapkan kalimah Allah tidak menjadi kesalahan kepada mereka asalkan mereka tidak menyalahgunakan kalimah Allah tersebut.

Tetapi perkara ini diperbesarkan oleh UMNO kerana hendak menutup kes kehilangan 2 buah enjin jet yang berkesudahan mendakwa seorang tentera yang berpangkat sarjan". (Tuan Ibrahim Tuan Man)

Gambar-gambar disekitar malam ceramah :-



Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula