SILENT PROTEST TERHADAP NAJIB


Beberapa hari yang lalu Dewan Rakyat digemparkan oleh isu Bajet 2010 oleh Najib Perdana Menteri Malaysia yang hampir ditolak oleh sidang Dewan. Perdana Menteri Najib menerima malu besar apabila belanjawan sulong beliau iaitu Bajet 2010 diluluskan oleh Dewan Rakyat hanya dengan majoriti tipis tiga undi sahaja, lewat malam 14 Disember lepas.

Pada pengamatan kami, fenomena ini jelas menunjukkan silent protest dari ahli parlimen BN sendiri terhadap kepimpinan Najib. Bacaan kali ketiga Bajet 2010 diluluskan Dewan Rakyat dengan 66 menyokong manakala 63 menolak, menyebabkan kerajaan BN hampir tumbang, sedangkan BN mempunyai 137 ahli Parlimen dalam Dewan.

Oleh itu, Najib perlu sedar bahawa kredibilitinya telah dicabar dan diprotes oleh para penyokongnya sendiri. Jika sekiranya Najib mempunyai maruah diri, sudah tentu beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Mana mungkin seorang ketua yang tidak disenangi oleh para pengikutnya berkeras untuk mempertahankan jawatannya jika sekira dia mempunyai integriti dan maruah diri.

Najib sepatutnya mencontohi mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang melepaskan jawatannya apabila menyedari dirinya tidak disenangi lagi oleh para pengikutnya.

Renung-renungkanlah.....

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula