KOMITED '09: Menanti Atau Mencari Kemenangan

Kuala Terengganu 25 Disember 2009 satu program yang dinamakan Konvensyen Kepimpinan Muda PAS Terengganu (KOMITED '09) anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah berlangsung dengan jayanya. Sambutan yang diberikan oleh para pemuda PAS dari seluruh pelusuk negeri Terengganu adalah amat menggalakkan bahkan mungkin akan menggundah-gulanakan pihak lawan.

Para ahli panelnya adalah terdiri daripada YB. Tuan Guru Dato' Hj Harun bin Taib (Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu) bersama Tuan Hj. Yahya Ali (Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu) yang membentangkan tajuk "PRU 13: GERAKERJA PEMUDA". Bagi tajuk "PRU 13: PERSIAPAN JENTERA PILIHANRAYA PEMUDA" dibentangkan oleh YBhg Dato' Abu Bakar Chik (Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Terengganu) dan Ustaz Ahmad Kamal bin Haji Ali (Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda Negeri JPrP).

Program KOMITED '09 yang bertemakan "ORANG MUDA GENG KITA" JOM BERUBAH mempunyai beberapa objektif khusus. Antaranya adalah:
  • Menghimpunkan petugas pemuda khususnya diperingkat cawangan bagi meningkatkan semangat dan ilmu pengetahuan
  • Meneruskan momentum gelombang kebangkitan pemuda bagi memacu kemenangan Islam kelak
  • Menggerakkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan petugas pemuda khususnya berhubung dengan kepentingan kerja-kerja pilihanraya perlu dimulakan dari sekarang.

Antara perkara penting yang disentuh oleh Tuan Haji Yahya Ali dalam ucapannya adalah berkenaan pemerkasaan parti. Beliau menegaskan kepada semua hadirin bahawa di hadapan kita ada satu tanggungjawab yang besar dan mesti kita tunaikan berdasarkan kemampuan kita. Sebagai ahli kepada gerakan Islam hendaklah kita mengembelingkan tenaga, kepakaran dan pengalaman kita demi untuk menggerakkan dan seterusnya memperkasakan parti kita iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Menurut Tuan Haji Yahya Ali lagi, Hendaklah diagendakan pemerkasaan organisasi sama ada diperingkat kawasan, Dun atau cawangan. Selain itu, pentadbiran dan pengurusan organisasi hendaklah dipertingkatkan serta direalisasikan dan bukan hanya sekadar retorik semata-mata.

Manakala YBhg. Tuan Guru Dato' Hj. Harun bin Taib dalam ucapannya menegaskan bahawa perhatian yang lebih banyak hendaklah diberikan kepada golongan muda khususnya tanpa mengabaikan golongan tua. Biarlah digandingkan kekuatan orang muda dengan kebijaksanaan orang tua. Gandingan ini merupakan satu gandingan yang kukuh dan bisa menewaskan pihak musuh yang cuba melaga-lagakan antara golongan tua dan golongan muda.

YBhg. Tuan Guru Dato' Hj. Harun bin Taib dalam meneruskan ucapannya lagi berkata bahawa hendaklah diperbanyakkan proses perkaderan golongan muda ke dalam parti bagi memperkasakan parti. Pemuda adalah amat diharapkan untuk sama-sama memperkasakan parti. Setiap pentadbiran dan pengurusan yang dilakukan hendaklah berdasarkan kepada matlamat. Bersambung...


Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula