ISU MENARA MASJID: DI MANA SUARA PEMIMPIN ISLAM


Kami Pemuda PAS Kijal menyokong kenyataan Presiden Persatuan Ulama' Muslim Sedunia, Prof Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi berkenaan dengan isu penolakan pembinaan menara masjid oleh parlimen Switzerland.

Menurut beliau, referendum yang diusulkan oleh kumpulan ekstremis kanan dari Parti Rakyat Switzerland (SVP) adalah keterlaluan dan bersifat fobia terhadap agama Islam. Oleh kerana parti tersebut merupakan parti terbesar di dalam parlimen Switzerland, ianya sekali gus menghasilkan kelulusan terhadap usul tersebut pada 29 november 2009 yang lalu.

Prof Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi juga menyeru umat Islam Switzerland bangun menentang referendum itu dengan saluran-saluran yang betul. Ini kerana menurut beliau, adalah dibimbangi referendum yang diluluskan untuk melarang pembinaan menara masjid akhirnya melarat kepada referendum menghalang pembinaan masjid itu sendiri.

Beliau juga menyeru umat Islam seluruh dunia berdemonstrasi di kedutaan Switzerland di negara masing-masing bagi menyatakan dan menzahirkan bantahan seluruh umat islam dalam hal ini.

Kami dari Pemuda PAS Kijal juga mengharapkan suara-suara pembelaan yang lantang daripada pemimpin Islam negara tidak kira dari Umno, PAS atau PKR.

Tidak ketinggalan semua organisasi bukan kerajaan (NGO) juga digesa bersama menyahut seruan Presiden Persatuan Ulama' Muslim Sedunia untuk mengambil bahagian menyatakan bantahan ini juga.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula