BN SUDAH LAPUK !!!

Aku malu dengan pendapat dan kenyataan seorang rakan seuniversiti satu ketika dahulu. Memang aku tahu dia penyokong Kerajaan BN. Bagi aku itu hak dia. Tapi apa yang aku kesalkan ialah tentang apa yang dibicarakan tentang politik di Malaysia amat dangkal sekali bagi seorang yang mempunyai Ijazah. Tak sama taraf dengan padangan orang lain, malah lebih dangkal pembicaraannya dari orang yang tidak belajar tinggi sepertinya.



Mana semua kemahiran yang dipelajarinya semasa di universiti untuk “mengorek maklumat”. Zaman yang penuh dengan informasi di hujung jari tetapi tidak digunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan modal-modal “gah” bagi melawan orang “pembangkang” seperti aku.



Tetapi aku kecewa. Tak berbaloi hanya melawan modal-modalnya yang patutnya sudah pupus sejak zaman Tun Ghafar Baba dahulu. Itu sahaja modalnya. Modal yang secara akademik, sosial, ekonomi langsung tak disentuh dan bila dinyatakan modal-modal ini kepadanya dijawabnya lain dan menyerang aku secara peribadi. Langsung tak berkaitan. Mereka inikah yang aku mahu lihat memimpin Malaysia?… Oh tidak… Nau’zubillah!.. Tiada kaliber, tiada karisma, tiada maklumat tapi bodoh sombong dan angkuh.



Apa hebatnya UMNO dan BN kalau penyokong-penyokongnya hanya menggunakan modal seperti ini:





1) Sokonglah BN kerana hanya BN dapat bagi kemajuan


2) Sokonglah UMNO kerana menjaga ketuanan Melayu, Hidup Melayu!


3) Sokonglah BN kerana bagi subsidi minyak, buat jalan raya, buat sekolah


4) Sokonglah BN kerana sudah memerintah lama


5) Sekonglah BN kerana negeri-negeri BN sahaja yang kaya (padahal negeri Sabah rangking negeri termiskin di Malaysia di ikuti Terengganu – kedua-dua negeri di bawah pemerintahan BN)



Setahu aku, modal-modal ini dah lapuk. Sudah basi. Google sahaja dah dapat info itu, info ini. Tak payah susah-susah cari. Tetapi tak apa. Ada otak pakai, ada telinga dengar, ada jari ‘klik’, ada mata baca, ada mulut sebarkan. Jangan jadi seperti mereka yang syok sendiri. Biarlah Luncai terjun bersama labu-labunya. Haha.



Sedih, sedih.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula