Syabas Dan Tahniah Kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kerana telah berjaya menganjurkan program acara tahunan iaitu Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT).

Tahniah juga buat Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman kerana telah bertungkus-lumus sebagai tuan rumah dalam menjayakan program HIMPIT ini.

Program HIMPIT kali ini membawakan satu tema yang agak berlainan daripada biasa iaitu "Orang Muda Geng Kita".

Pelbagai acara telah dilansungkan selama program tersebut berjalan dari 29-31 Oktober. Antara acara yang yang dilansungkan adalah seperti Ceramah Politik, Sukan rakyat, Pertandingan Bola Sepak Pantai, Sukan Tarik Tali, Pertandingan Pidato Politik, Pertandingan Karaoke Nasyid.

Penyertaan Peserta HIMPIT dari kawasan-kawasan dalam Negeri Terengganu boleh dikatakan amat memberansangkan. Dianggarkan kira-kira 4 ribu lebih pemuda Negeri Terengganu yang telah menyertai Program HIMPIT 10K ini.

Sekali lagi ucapan syabas dan tahniah daripada Pemuda PAS Dun Kijal kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kerana telah bertungkus lumus dalam melaksanakan program ini dengan jayanya.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula