PEMUDA PAS YAKIN

KUALA TERENGGANU ; Pemimpin-pemimpin muda yakin, PAS mampu terus bergerak ke hadapan dengan kepimpinan yang sedia ada dan imej PAS akan meningkat menjelang pilihanraya akan datang, walaupun hasil dari penyelidikan seorang pengkaji politik,

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/07112009180a.jpgyang dibentangkan pada Seminar Memperkasakan Parti semalam menunjukkan sebaliknya.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani (Gambar kanan) yakin sebarang konflik yang timbul dapat diselesaikan dengan segera oleh kepimpinan PAS, berdasarkan beberpa peristiwa masa lampau.

Beliau yang berucap membahaskan ucaputama Presiden mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat turut melahirkan keyakinan hubungan diantara parti-parti Pakatan Rakyat akan dapat diteruskan dengan kepimpinan PAS meletakkan garis panduan yang jelas berhubung perkara tersebut.

”Parti harus menyatakan segala perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam mengadakan tahaluf (dengan Pakatan Rakyat),”katanya.

Selain itu beliau berharap tindakan yang tegas diambil oleh Jawatankuasa disiplin PAS terhadap pemimpin yang mengkhianati parti samada membocorkan rahsia parti atau menghentam pimpinan secara semberono yang menyebabkan imej PAS tercalar.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/07112009181b.jpgManakala Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah (gambar kiri) menyeru kepada semua ahli-ahli dan penyokong PAS untuk bersama-sama memelihara parti dan kepimpinan, dengan segera memulihkan imej yang tercalar.

Beliau yang berucap mewakili Perhubungan PAS Terengganu menegaskan sebarang tindakan atau penyelesaian yang perlu dilakukan dalam PAS mestilah kembali kepada rujukan asal Quran, Hadis, Ijma' dalam mengambil sebarang ijtihad untuk memperkasakan PAS.

Katanya, seluruh pihak perlu memahami dan mahir dengan kaedah kerjasama politik Islam untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mengingatkan semua perwakilan yang hadir, persefahaman dan pakatan antara parti-parti politik adalah wasilah bagi mencapai kejayaan, bukannya matlamat.

Beliau juga menekankan perbezaan diantara PAS dengan parti politik lain, kepimpinan dalam PAS sebagai gerakan Islam, mesti memiliki kekuatan dan ketaatan dari pengikut.

Beliau turut mengingatkan semua perwakilan supaya sentiasa waspada dan berjaga-jaga dengan musuh-musuh yang sentiasa mengintai peluang untuk merosakkan jamaah.

petikan dari Buletin online

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula