PAS Akan Bertanding DUN Kota Seputih


KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat bersetuju PAS akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputih, Kedah sekiranya berlaku pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/44222.gifPenasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata persetujuan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat yang dihadiri pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat di Parlimen, di sini, semalam.

"Kita membincangkan perkara itu dan PAS telah menyatakan sudah siap sedia untuk bertanding di kerusi berkenaan. Parti Pakatan Rakyat lain akan memberikan sokongan padu kepada PAS," katanya dipetik agensi Bernama.

Kerusi Kota Siputeh disandang Datuk Abu Hassan Sarif daripada Barisan Nasional (BN) sebelum ia diisytiharkan kosong semalam oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan kegagalan beliau menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut tanpa kebenaran speaker.

Bagaimanapun hari ini Abu Hassan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, melalui peguam yang mewakilinya Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula