Lawatan DSAI Ke Terengganu


KUALA TERENGGANU – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada Jumaat, 20 November depan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/sidangmediaPKRTrg.jpgPengerusi Majlis Pimpinan Parti KeADILan Rakyat Negeri Terengganu (MPN) Haji Abdul Rahman Yusof berkata, Anwar dijangka menyertai acara akhir Konvensyen PKR Terengganu yang akan diadakan di dewan badminton Seberang Marang.

Menurutnya, Konvensyen Khas tersebut diadakan bagi mengemaskini jentera PKR di setiap peringkat negeri Terengganu, bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

”Dato’ Seri (Anwar) akan hadir sebelah petang dalam sesi dialog bersama perwakilan dan para hadirin, “kata Haji Abdul Rahman dalam satu sidang media di pejabat PKR Gong Kapas disini.

Sehubungan itu, katanya, Anwar dijangka merasmikan pejabat Cabang PKR Kuala Nerus di Jalan Gong Badak Kg Wakaf Tembesu sebelum menghadiri program Ceramah Perdana yang akan diadakan di hadapan Sekolah Padang Air, Jalan Kelantan, Tepoh Kuala Terengganu.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula