IKHLAS DARI KU

Aku bukan
Seperti engkau sangkakan
Pura-pura
Didalam berjuang
Aku tidak pandai
Menyulam rahsia
Juga tak pandai
Ku bermadah pujangga.

Jika ada benci dihati
Katakanlah padaku
Rela ku terima
Walau kutukan
Asalkan aqidah terjaga.

Kerana
Tidak sanggup lagi
Mempermainkan
dustur Ilahi

Hakikat hati tak terluka
Walau zahirnya
Ada yang tertawa.

Tuhan
Ku mohon keampunan
Keterlanjuran
Yang berulang kali.

Teman
Kita pastikan disini
Berakhir sebuah
Lamunan duniawi
Terima syukur
Taufik Ilahi.



Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula