Doa Tuan Guru Nik Aziz Tidak Bertentangan Dengan Islam


Baru-baru ini satu isu berkenaan bacaan doa oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang meminta laknat kepada Najib (Penzalim) hangat diperkatakan.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media kelmarin dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir
.

Suka di sini kami menyentuh bahawa kita mendoakan laknat kepada orang yang menzalimi kita adalah dibenarkan dalam Islam. Bahkan doa orang yang dizalimi adalah sangat maqbul di sisi Allah Subhanahu Wataala. Manakala untuk orang Kafir yang menentang Islam pula, Rasulullah S.A.W telah mengajarkan doa-doa yang tertentu kepada umat Islam.

Persoalannya, adakah layak dikatakan seseorang itu benar-benar Islam jika sekiranya dia menzalimi saudaranya yang Muslim?

Berikut adalah petikan berita daripada BERNAMA:

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir. - BERNAMA

2 Comentários:

nurulhaq said...

mufti perak dok faham rupanya....

TGNA jelas menyatakan di dlm doa beliau..
antaranya berbunyi"laknalah sekiranya najib dan zaid tidak berubah"..

Kalu dia rasa dia betul buat apa nok takut..

Takut bermakna salah......

nisak said...

Salam..

Ana sokong awok nurulaq...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula