Apa Kesudahannya ??



Baru baru ini Kijal telah digemparkan dengan penangkapan dua pimpinan muda tertinggi Umno Bahagian Kemaman kerana didapati kedua mereka ini terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah.



Pihak polis mendakwa telah memberkas dua anggota Pemuda UMNO Bahagian Kemaman dalam satu serbuan di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu dan disyaki terlibat dalam mengambil dadah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid memaklumkan kedua – dua mereka adalah berumur 41 tahun yang diantara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu. "Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.



Mereka yang ditangkap adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ahmad Tarmizi Johar dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Japilus Ismail.



"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," kata pihak polis. Menerusi pemeriksaan air kencing didapati kedua – dua mereka positif dadah. Seorang daripada mereka telah dilepaskan dengan jaminan polis manakala seorang lagi dengan jaminan RM3,000.


Apakah Kesudahannya Kes Ini ???

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula