Polis Tembak Perempuh

KEMAMAN - Kejadian polis menembak sehingga mati, seorang mangsa hanya kerana mangsa ’cuba merempuh anggota polis’, menjadi persoalan dikalangan penduduk setempat.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/gerailemangKijal.jpgWalaupun mangsa adalah bekas banduan dan dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah dan curi kenderaan, polis tidak sepatutnya menggunakan senjata api, sewenang-wenangnya.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Ramly@Mat berkata, pihak polis perlu memberi penjelasan lebih lanjut bagaimana kejadian tersebut berlaku kerana ia boleh menghilangkan kepercayaan rakyat kepada pihak polis.


(Gambar - Gerai Lemang Kijal - Lokasi berlakunya kejadian Menembak)

Katanya, peristiwa yang sama pernah berlaku pada September 2007, dimana dua orang awam telah ditembak oleh polis di Batu Burok, dengan alasan, mereka membahayakan nyawa penjawat awam (polis).

Sedangkan, katanya, sehingga kini masih belum ada pembuktian bahawa kedua-dua mereka mereka bersalah.

”Tidak dibuktikan lagi, mereka membahayakan nyawa, tak ada bukti, namun kedua-duanya telah pun menderita dan trauma kerana kena tembak,

”sedangkan yang melepaskan tembakan tidak ada apa-apa tindakan yang diambil terhadapnya,”katanya.

Menurutnya, sebagaimana dilaporkan akhbar tempatan, mangsa mati ditembak kerana ’cubaan’ merempuh anggota polis dengan kereta di Kilometer 135 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini malam kelmarin.

Haji Hanafiah memohon kerjasama pihak polis khususnya Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri supaya dapat menjelaskan lebih lanjut kerana beliau menerima beberapa panggilan telefon dan pesanan ringkas menunjukkan rakyat sedang keliru dengan perkara tersebut.

”Saya pohon pihak polis menjelaskan, bagaimana seseorang rakyat yang tidak bersenjata dan hanya dengan ’cubaan’ merempuh polis, boleh membenarkan polis menggunakan senjata api dan menembak mangsa,

”Ada juga versi (cerita) yang mengaitkan peristiwa menembak di Kijal itu dengan tangkapan dadah keesokkan harinya,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.

Berdasarkan laporan akhbar juga, katanya, tembakan polis tepat mengenai kepala, menunjukkan tembakan berlaku pada jarak yang dekat.

Beliau memberi ingatan kepada pihak polis kerana katanya, terlalu banyak kes-kes yang telah menghilangkan keyakinan rakyat terhadap institusi tersebut.

”Rakyat berharap kes-kes salah guna kuasa dan kecuaian tidak terus berlaku dikalangan anggota polis, cukuplah dengan kes ’Kugan’ dan beberapa kes lain, yang menunjukkan polis bertindak secara emosional”ujarnya.

Justeru, katanya, polis mesti bertindak dengan lebih profesional dan tidak ’bias’ dalam satu-satu perkara serta telus dalam mendedahkan maklumat kepada masyarakat supaya institusi tersebut terus diyakini untuk menjaga ketenteraman awam.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula