Pembunuh Marwa As-Sharbini Kini Dihadapkan Ke Mahkamah

Dresden - Mahkamah di Jerman semalam memulakan perbicaraan ke atas lelaki yang dituduh membunuh seorang wanita hamil dari Mesir.

Pihak Pendakwa mendakwa tertuduh, Alex W menikam Marwa As-Sharbini sehingga mati sekurang-kurangnya 16 kali dalam tempoh tiga minit pada 1 Julai lalu.

Alex hadir di mahkamah dengan memakai topeng muka dan menghadapi perbicaraan di sebalik kamar kaca kalis peluru berikutan ancaman bunuh yang diterimanya di internet, lapor media Jerman.

Marwa yang hamil tiga bulan ketika kejadian, ditikam di bahagian dada, belakang dan lengan dengan menggunakan pisau dapur sepanjang 18 sentimeter.

Pendakwa berkata, motif pembunuhan adalah berpunca daripada perasaan benci mendalam terhadap penganut Islam dan penduduk bukan Eropah.

Alex juga didakwa kerana cuba membunuh suami mangsa, Elwy Okaz ketika cuba membantu isterinya ketika diserang.

Sementara itu, beribu-ribu penduduk Jerman berhimpun di Dresden bagi mendesak tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal ke atas perbuatan kejam yang dilakukannya.

Kira-kira 200 angota polis berkawal di luar bangunan mahkamah di bandar Dresden, timur Jerman sepanjang prosiding berlansung semalam.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula