Pelajar Dan Remaja Terlibat Dengan Jenayah

KUALA TERENGGANU – Cukup mengejutkan! Lebih separuh kejadian jenayah yang berlaku diseluruh negeri Terengganu adalah dilakukan oleh golongan pelajar dan remaja.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata lebih 60 peratus kadar jenayah di Terengganu disumbangkan oleh golongan remaja yang kebanyakannya berumur 15 hingga 25 tahun.

Beliau berkata pembabitan golongan remaja ini dalam kes mencuri, merogol dan penyalahgunaan dadah antara lain disebabkan kurang pengawasan keluarga terhadap mereka.


"Untuk mengurangkan kadar jenayah di kalangan remaja di negeri ini, polis mengambil pelbagai pendekatan antaranya seperti kempen dan penerapan nilai-nilai murni.

"Namun usaha berkenaan tidak akan berjaya jika sekiranya ibu bapa dan keluarga sendiri mengambil sikap lepas tangan dan tidak mengawasi perlakuan anak-anak mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) di sini Isnin.

Bernama memetik Mohd Shukri berkata PDRM melakukan kempen cegah jenayah dalam bentuk pendidikan supaya memberi kesedaran kepada pelajar dan remaja sepanjang hayat.

Katanya pihaknya juga berbincang dengan pengetua-pengetua sekolah bagi menjalankan kegiatan pencegahan jenayah khususnya menerapkan nilai-nilai disiplin diri pelajar-pelajar.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula