Undi Pos Talian Hayat BN (Bee End)



SEREMBAN, 8 Sept - PAS akui terpaksa menghadapi beberapa kekangan untuk menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, terutama membabitkan undi pos.

Yang dipertua PAS kawasan Rembau, Mohd Taufek Abd Ghani menyifatkan undi pos sebagai ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

“Bagi saya, walaupun Bagan Pinang dilihat sebagai kubu kuat BN, tetapi ia lebih kepada kekuatan undi pos. Saya melihat Bagan Pinang merupakan antara kawasan tertinggi membabitkan undi pos,” katanya semalam.

Sehubungan itu, katanya, PAS telah mengadakan perbincangan di peringkat pusat untuk menangani isu undi pos, sebelum memanjangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan.

“Saya berharap kita akan adakan pertemuan dengan SPR dalam masa terdekat ini untuk membincangkan masalah undi pos,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, berkata PAS Negeri Sembilan akan menggunakan sepenuhnya pengalaman dan formula pilihan raya kecil di luar Negeri Sembilan sebelum ini bagi memastikan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Malah katanya lagi, walaupun DUN Bagan Pinang bakal mencatat sejarah sebagai pilihan raya kecil pertama membabitkan PAS di negeri ini, tetapi ia bukan penghalang untuk mereka menggerakkan jentera dengan sistematik.

“Kita akan gunakan sepenuh pengalaman yang ada ketika membantu rakan kita pada pilihan raya kecil sebelum ini. Azam kita adalah untuk mencatat kemenangan,” tambahnya.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula