PELUANG PERNIAGAAN




RADIX FRIED CHICKEN ( RFC).

Radix Fried Chicken Sdn Bhd adalah syarikat milik penuh HPA Industries Sdn Bhd.


Minat membuka RFC ? Sila hubungi :

Pengurus RFC : 019 5703410

Modal sebuah RFC : 1.5 juta

SISTEM MUDHARABAH RFC.
( Butiran bagi syarat-syarat perkongsian Mudharabah antara RFC dan Pemodal)

1. Skop usahasama ialah restoran makanan segera RFC.

2. Usahasama dibuat mengikut kaedah Perkongsian Mudharabah. Pihak RFC bertindak sebagai
pihak yang mengurus (modal dan pentadbiran), sementara Pemodal bertindak sebagai
penyumbang modal sahaja.

3. Usahasama di antara Pemodal dan RFC dibuat dalam bentuk perjanjian.

4. Nilai modal oleh individu/syarikat yang berminat menjadi pemodal kewangan ialah 1,5 juta.

5. Nisbah keuntungan yang ditawarkan oleh RFC ialah 50:50 antara HPA dan Pemodal.
Keuntungan berdasarkan untung bersih bulanan. Pemberian untung tertakluk kepada untung
rugi perniagaan cawangan RFC terbabit.

6. Pengiraan keuntungan bermula pada bulan pertama RFC beroperasi. Jangkaan operasi
selewat-lewatnya 5 bulan selepas perjanjian ditandatangani antara RFC dan individu/
syarikat.

7. Penyata kewangan akan diserahkan kepada Pemodal setiap bulan, khusus bagi cawangan
yang terlibat dengan perkongsian yang membabitkan Pemodal sahaja.

8. Pemilihan lokasi menjadi hak RFC untuk menentukannya. Namun Pemodal boleh
mengemukakan cadangan.

9. Tempoh perkongsian ialah 5 tahun. Selepas 5 tahun, bayaran balik modal akan dibuat oleh
RFC kepada Pemodal dalam tempoh tidak lebih 6 bulan dari tarikh tamat perkongsian.
Lanjutan perkongsian selepas itu bergantung kepada persetujuan semula kedua belah pihak
dan dengan caruman modal baru yang ditetapkan oleh RFC.

10. Jika Pemodal berhasrat menarik balik modalnya sebelum tempoh perkongsian tamat
iaitu 5 tahun, RFC hanya akan membuat bayaran balik dalam tempoh setahun dan tiada
sebarang keuntungan akan diberikan kepada Pemodal dalam tempoh bayaran balik itu.
(bermula dari tarikh pembatalan kontrak yang dipersetujui kedua belah pihak).

11. Akad Mudharabah terbina atas perkongsian untung dan rugi. Pemodal berhak mendapat
untung kerana modal yang dia keluarkan dan RFC (sebagai Amil atau Mudharib) berhak
mendapat untung kerana pengurusan (masa dan kerja) yang dijalankan. Jika ditakdirkan
urusniaga mengalami kerugian, kedua-dua pemodal dan RFC akan sama-sama menanggung
kerugian : Pemodal akan menanggung kerugian dari modalnya dan RFC menanggung
kerugian dari bebanan masa dan kerja pengurusan.

12. Perjanjian perkongsian Mudharabah ini hanya tertakluk dengan cawangan RFC yang berkait
dengan Pemodal (yakni cawangan yang ia menjadi menyumbang modal untuknya). Oleh
yang demikian, Pemodal tidak berhak ke atas cawangan-cawangan lain yang tiada kaitan
dengannya dan begitu juga, tidak berhak menghalang RFC dari membuka cawangan2 lain.

PRODUK HALAL TNGGUNGJAWAB BERSAMA

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula