MUAMMAR GADDAFI MENGAMUK DI PBB


dafi1MUAMMAR Gaddafi menyampaikan ucapan buat kali pertama sejak mengambil alih kuasa 40 tahun lalu pada Perhimpunan Agung BPP di New York, semalam.



NEW YORK: Presiden Libya, Muammar Gaddafi ‘menyerang’ anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam ucapan pertamanya dan menekankan bahawa Perhimpunan Agung adalah ‘Parlimen dunia’ – badan dianggotai 192 negara yang perlu menetapkan keputusan bagi Majlis Keselamatan.



Sejak dua dekad lalu, negara kuasa ekonomi seperti Jerman, India, Jepun dan Brazil menggesa pembaharuan keanggotaan Majlis Keselamatan dan mewujudkan kerusi tambahan bagi anggota tetap.



Gaddafi yang berucap untuk kali pertama sejak mengambil alih kuasa 40 tahun lalu, bagaimanapun berkata, tambahan kerusi tetap adalah tidak produktif

Beliau sebaliknya menggesa pertubuhan dan gabungan serantau seperti Liga Arab, Pertubuhan Negara Amerika, Kesatuan Afrika dan Pergerakan Negara Berkecuali diberi kerusi tetap dalam Majlis Keselamatan badan dunia itu.

Gaddafi berkata, lima negara anggota tetap tidak perlu diberi kuasa veto, atau PBB wajar memperbesarkan majlis dengan tambahan negara anggota.



“Sekarang tiada lagi rasa hormat kepada PBB dan Perhimpunan Agung,” katanya.

Dalam ucapan selama satu setengah jam di New York semalam, Gaddafi berkata negara yang mempunyai kuasa veto di Majlis Keselamatan tidak mempedulikan pandangan 192 negara anggota Perhimpunan Agung dan prinsip dalam piagam PBB.



Gaddafi turut mengemukakan cadangan penyelesaian masalah pendatang haram dari pesisir Afrika Utara ke Eropah. – Agensi


Herman-Beranikah Najib mencabarkan Majlis Keselamatan PBB seperti Dafi…

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula