Perlukah Latihan Mengawal Kebakaran Bagi Pemandu?








"Malang Tidak Berbau", itulah ungkapan yang sesuai bagi gambar-gambar di atas. Tragedi ini berlaku di jalan utama dari Kijal ke Bandar Chukai, Kemaman.
Kejadian ini berlaku ketika warga kota berpusu-pusu pulang setelah selesai bercuti Hari Raya di kampung masing-masing.
Apakah malangnya nasib tuan punya kereta ini, sudahlah belum puas lagi beraya, kereta pula terbakar.
Kebakaran berlaku setelah keretanya berlanggar belakang dengan sebuah kereta lain. Akibat daripada perlanggaran tersebut, tercetusnya kebakaran yang kecil di bahagian lampu depan sebelah kanan pemandu.
Kebakaran semakin marak dan orang ramai masing-masing lintang pukang lari menyelamatkan diri kerana bimbang ianya akan meletup.
Pada pengamatan kami, kebakaran tersebut boleh dikawal pada peringkat permulaannya, tetapi oleh kerana tiada kemahiran dalam mengawal kebakaran kecil telah menyebabkan ianya bertambah marak sehingga tidak terkawal.
Pihak bomba tiba di tempat kejadiaan agak lewat kerana kesesakan lalulintas dan terus bertungkus lumus memadamkan kebakaran namun ianya sudah terlambat kerana keseluruhan badan kereta tersebut telah habis dijilat api.
Walaubagaimana pun syabas kami ucapkan kepada pihak bomba kerana telah berjaya memadamkan api tersebut.
Perkara ini sepatutnya boleh dielakkan jika pemandu kenderaan dilatih mengawal kebakaran kecil.

Dari peristiwa ini dapat kita mengambil iktibar dan pengajaran supaya setiap pemandu atau pemilik kenderaan wajib diberi latihan oleh Jabatan Bomba Malaysia untuk mengawal kebakaran kecil. Selain daripada itu, Kerajaan Malaysia hendaklah menyarankan kepada setiap pemilik kenderaan untuk menyediakan kelengkapan pemadam kebakaran bagi setiap kenderaan mereka.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula