VIRUS SELSEMA BABI H1N1 SEMAKIN MENULAR APAKAH TINDAKAN KERAJAAN ?

KUALA LUMPUR: Jumlah kematian di Malaysia akibat Influenza A (H1N1) meningkat kepada lapan orang berikutan kematian seorang ibu muda di Sarawak dan seorang guru wanita di Selangor.



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyarankan supaya kesemua doktor lebih peka terhadap pesakit yang mempunyai gejala seperti selesema dan tanda-tanda pneumonia terutamanya kepada individu berisiko tinggi seperti obesiti, wanita mengandung, kencing manis, masalah pernafasan kronik dan tahap imuniti yang rendah.



“Langkah perlu mesti diambil terutamanya kepada ibu bapa, doktor dan hospital-hospital supaya jumlah kematian tidak terus meningkat,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.



Beliau berkata, doktor semestinya memberi rawatan anti-viral influenza dengan segera kepada pesakit yang mempunyai gejala terutama di kalangan individu yang berisiko tinggi itu tanpa menunggu keputusan ujian.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula