MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN 2009



Kuala Ibai, 08 Ogos 2009 - Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden yang bertajuk " Islam Memimpin Perubahan " Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu. Pembentangnya ialah Ybhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. ( Naib Presiden PAS )

Ucapan YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 pada 5 Jun yang lalu memberi begitu banyak gagasan dan misi masa depan buat semua ahli. Ianya merangkumi pelbagai aspek termasuk isu-isu agama, politik, sosial, ekonomi dan hubungan antara kaum.

Rangkuman gagasan dan misi ini perlu menjadi intipati utama yang harus dibincang, dilumati, dihadam dan difahami sebagai induk kepada rangka kerja bagi seluruh gerak kerja dan organisasi dari peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat yang paling bawah sekali.

Maka PAS Pusat memutuskan agar setiap negeri dan kawasan wajib mengadakan 'Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS 2009' bagi memastikan gerak kerja parti pada sesi ini dapat diselaraskan diseluruh negara dan menepati kehendak kepimpinan.


Resolusi Munaqasyah yang diadakan di Kuala Ibai ini adalah ;

1. Menyedari Islam hendaklah menjadi asas kepada perubahan.

2. Menyedari perlunya perubahan pemantapan kefahaman dalaman PAS.

3. Menyedari perlunya perubahan kearah pemantapan pengurusan parti.

4. Menyedari perlunya perubahan bagi memperkasakan Kepimpinan Ulama' dan Dewan Ulama.'

5. Menyedari perlunya perubahan bagi memperkasakan dewan Pemuda dan Muslimat.

6. Menyedari perlunya mendapat sokongan non-muslim.


Maka rumusannya Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden ini adalah ;

1. Memperkasa kefahaman pimpinan dan ahli-ahli tentang kedudukan Islam sebagai dasar perjuangan PAS dan menyedarkan bahawa PAS adalah sebuah Jemaah Islam yang unggul di negara ini.

2. Memperkasakan pentadbiran parti di peringkat cawangan dan kawasan dengan mengenal pasti target dan objektif ( MBO ) supaya dapat membuat ukuran pencapaian ( KPI ) gerak kerja parti.

3. Memperkasakan pengurusan dan pentadbiran parti melalui latihan, kursus dan taklimat secara sistemetik.

4. Memperkasakan perubahan dalam semua aspek kemasyarakatan dengan berasaskan Islam.

5. Memperkasakan kepimpinan Ulama', Pemuda dan Muslimat melalui kemantapan ilmu, fikrah, akhlak dan semangat jihad.

6. Memperkasakan kelab penyokong PAS di semua peringkat untuk meluaskan sasaran dakwah dan sokongan dalam pilihanraya.

7. Memperkasakan sistem pentarbiyahan di semua peringkat melalui manhaj yang disusun oleh peringkat masing-masing melalui program-program seperti usrah, tamrin, mukhayyam dan liqa' al-fikri.

8. Memperkasakan pelapis-pelapis dalam parti dengan meningkatkan aktiviti dan program perkaderan Ulama' Muda, Nisa' dan Unit Amal.

1 Comentário:

Pendokong Islam said...

Salam...

Program seperti ini sepatutnya turun ke peringkat paling bawah sekali.

Untuk memperteguhkan lagi ahli-ahli.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula