MAKAN MALAM BERSAMA YAB DATUK SRI IR HJ. NIZAR JAMALUDDIN


Bukit Kuang 05 Ogos 2009 - JPRD Chukai ( MTD Chukai ) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Bersama MB Perak yang sah sempena pelancaran mengisi dana PRU ke13 JPRD Chukai.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pimpinan PAS Kawasan Kemaman, Pimpinan PKR Kawasan Kemaman, Kelab Penyokong PAS Kemaman, NGO, Syarikat-syarikat di sekitar Kemaman, serta penyokong-penyokong, pendokong-pendokong dan para pejuang PAS di kawasan Kemaman.

Setelah selesai menjamu selera, majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Pengarah JPRD Chukai Hj. Hanafiah Ramli dan disusuli ucapan dari YDP PAS Kawasan Kemaman iaitu Hj. Ismail Harun.



Hj. Hanafiah dalam ucapannya menyentuh berkenaan ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman yang ditahan oleh SPRM atas tuduhan rasuah dan mencabar agar beliau meletak jawatan dan kembalikan semula Dun Kemasik kepada rakyat.



Datuk Sri Ir Nizar pula menyatakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk menukar kerajaan lapok yang sedia ada. Beliau juga membangkit isu-isu di DUN Perak, isu royalti minyak di Kelantan dan isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini iaitu isu penghormatan kematian Teo Beng Hock.








Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula