ADUN TERENGGANU DI TAHAN OLEH SPRM


KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Ketika sebahagian Adun Umno Terengganu sedang berkira-kira untuk meninggalkan parti itu berikutan perpecahan dalaman, salah seorang dari mereka ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan Bernama, Adun berkenaan ditahan atas dakwaan menerima rasuah sebanyak RM20,000 dan ketika ditahan wang RM5,000 berada dalam simpanannya.

Adun itu ditahan bersama rakannya di Kijal, Kemaman, kerana didakwa menerima wang itu untuk mendapatkan projek lanskap di Kuala Lumpur untuk syarikat itu.

Sebelum ini, Siasah melaporkan, Dun Terengganu bakal dibubarkan ekoran perpecahan dalam Umno.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam taklimatnya kepada PAS Besut, mengarahkan ahli PAS membuat persiapan berikutan kemungkinan berlakunya pilihan raya di negeri itu.

Dalam sidang Dun sebelum ini, 10 Adun memboikot sidang itu.

Dun Terengganu mempunyai 32 Adun. Lapan darinya adalah Adun PAS manakala 24 lagi BN. Dari 24 itu, 12 dikatakan tidak menyokong MB yang ada, Datuk Ahmad Said.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula