KEMAMAN 'C' NAIB JUARA FUTSAL ANJURAN DACS TERENGGANU






Kijal, Kemaman - Kemaman 'C' selaku Naib Juara Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Terengganu anjuran DACS ( Department of Art, Culture & Sports ) Terengganu baru-baru ini telah mula giat berlatih untuk meneruskan kemaraannya ke peringkat Malaysia. Walaupun terpaksa akur dengan kekalahan di perlawanan akhir ditangan Marang 'A' di slot tendangan penalti setelah masing -masing terikat tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan.

Pasukan yang diberi nama Ace Team ini adalah salah satu dari empat pasukan yang mewakili Daerah Kemaman ke peringkat negeri untuk merebut Piala Pesuruhjaya PAS Terengganu setelah selesai perlawanan di peringkat Dun Kijal yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Dun Kijal baru-baru ini.

Pasukan ini juga akan bertandang ke Selangor bersama dengan Marang pada bulan Disember nanti bagi mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu sekaligus mewakili DACS Terengganu di Kejohanan Futsal Peringkat Malaysia anjuran DACS Malaysia. InsyAllah.

Semoga pasukan Kemaman dan Marang ini akan mempamerkan perlawanan yang cemerlang dan berjaya dalam misinya yang diamanahkan oleh Terengganu bagi merebut piala dan gelaran diperingkat Malaysia nanti. InsyAllah. TAKBIRRRRRR

1 Comentário:

apa apa aje said...

Salam..

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan ini.

Semoga semangat juang tang dipamerkan dapat diterapkan kedalam jemaah. InsyAllah.

Takbirr.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula