Kegagalan Sistem Ciptaan Manusia Dalam Menyelesaikan Masalah

Dunia hari ini menghadapi pelbagai masalah yang belum dapat diselesaikan. Semakin banyak teori yang dikemukakan untuk menyelesaikan masalah, semakin banyak pula timbul masalah baru. Di mana-mana sahaja kehidupan manusia terancam. Sistem yang ada sekarang dan agama budaya ciptaan manusia telah gagal membawa manusia menuju kebahagian.

Keruntuhan akhlak berlaku di mana-mana. Penindasan, kemelaratan dan kemiskinan manusia tidak pernah selesai. Permusuhan, perpecahan, perperangan dan pertumpahan darah tidak putus-putus berlaku. Semuanya itu adalah gambaran kegagalan sistem ciptaan manusia.

Oleh kerana itulah ramai generasi muda barat yang kecewa dengan kegagalan tersebut menolak ajaran Kristian dan dasar negara mereka. Lalu mereka mencipta falsafah hidup baru yang juga berasaskan kebendaan. Penyelesaian yang mereka cuba itu juga buntu kerana mereka mengubah fitrah manusia.

Umat Islam yang terpengaruh dengan penyelesaian bukan Islam turut menghadapi masalah dari segi aqidah, akhlak, sosial dan lain-lain seperti bangsa-bangsa yang tidak Islam itu. Sesungguhnya, sebaik-baik penyelesaian ialah penyelesaian fitri, iaitu penyelesaian secara Islam kerana ianya sesuai dengan fitrah semulajadi manusia. Penyelesaian selain dari Islam akan membawa kegagalan.

Contohnya, agama-agama selain dari Islam yang cuba menyelesaikan masalah manusia berdasarkan kerohanian, ternyata gagal. Angka pesakit jiwa dan kematian kerana membunuh diri di kalangan masyarakat bukan Islam meningkat dari masa ke semasa. Mengikut laporan Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Bangsa-bangsa bersatu bahawa pada 1978 tiap-tiap satu dari tiga tempat tidur di hospital di negara-negara maju dipenuhi pengidap sakit jiwa. Di New York dan California sahaja didapati tidak kurang dari 20 buah hospital sakit jiwa dalam tiap-tiap sebuah negeri.

WHO juga melaporkan bahawa seramai 200 hingga 500 juta manusia telah terkena penyakit kelamin gonorhea setiap tahun di seluruh dunia. Laporan itu menggambarkan betapa parahnya keruntuhan akhlak yang gagal dibendung oleh sistem ciptaan manusia. Ahli-ahli Sains Sosial di Amerika Syarikat melaporkan dalam The Kinsey Report bahawa perhubungan seks secara haram telah meluas sehingga menggoncangkan asas-asas peraturan sosial negara itu.

Laporan tersebut menganggarkan bahawa sebanyak 47% dari lelaki dan 50% dari wanita di Amerika terlibat dalam perhubungan seks secara haram. Dalam hubungan ini, dadah juga menjadi satu kebiasaan di dalam kehidupan mereka itu. Akibatnya ramai anak-anak luar nikah yang lahir di negara itu yang menjadi masalah sosial yang berpanjangan.

Untuk mengatasi masalah ekonomi, manusia sekular hanya melihat penyelesaian melalui dua jalan sahaja. Iaitu jalan kapitalisma atau sosialisma/komunisma. Tetapi kedua-duanya gagal kerana ianya bercanggah dengan fitrah manusia.

Kegagalan kedua-dua sistem ekonomi ini dapat dilihat apabila berlakunya krisis ekonomi global yang sedang dihadapi oleh dunia sekarang.

Melihat daripada kegagalan demi kegagalan sistem ciptaan manusia ini, maka sebagai orang Islam seharusnya kita kembali semula kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Biarlah kita bersistemkan sistem dari Tuhan yang menciptakan alam semesta ini. Kerana Allah lah lebih mengetahui tentang diri manusia itu.

Berubahlah dari sekarang dengan berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Marilah kita sama-sama menyahut seruan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang iaitu supaya Islam memimpin Perubahan.

Allahuakbar!

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula