Ustaz Nasharudin Mula Berkempen Di Manek Urai


Ustaz Nasha yang sebelum ini menjalani rawatan kini sudah bertambah baik dan beliau akan mula berkempen di Manek Urai hari ini.

Berikut disiarkan laporan berita yang dipetik dalam Malaysiakini:

Akhirnya, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa muncul juga di Manek Urai dan berkempen membantu calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah mulai hari ini.

Beliau tiba di Kelantan jam 9 pagi tadi dan turut serta dalam solat Dhuha bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Majlis sembahyang solat Dhuha itu diadakan di Sungai Peria, Manek Urai.

Nasharuddin dijadual menghadiri taklimat mengenai kempen pilihanraya di markas induk PAS Manek Urai pada jam 3 petang tadi.

Malam tadi, dalam ceramahnya, Hadi berkata timbalannya itu "uzur" dan tidak dapat datang membantu kempen calon parti itu di Manek Urai.

"Itu (disebabkan) uzur. Kalau dijemput pun (beliau) tidak boleh hadir, uzur," kata Abdul Hadi yang pertama kali turun berceramah di Manek Urai.

Presiden PAS itu diminta mengulas misteri "kehilangan" Nasharuddin setelah kempen pilihanraya masuk hari kelima.

Semalam, terdapat ura-ura Nasharuddin - yang ditegur Nik Aziz berhubung isu kerajaan perpaduan - telah tiba ke Kelantan.

Beliau dijadual menghadiri perhimpunan bantahan peraih dan pemborong ikan di Pasar Laloh bersama Nik Aziz petang semalam.

Bagaimanapun, sehingga program berakhir lewat petang semalam, timbalan presiden PAS itu tidak kelihatan.

Mengulas lanjut perkara itu, Abdul Hadi berkata, timbalannya akan turun padang mulai hari ini dan enggan berehat walaupun baru lepas menjalani pembedahan usus semalam.

"Beliau tidak mahu berehat, mahu turun ke padang," katanya.

Cabaran Umno

Sementara itu, ditanya soal cabaran Umno supaya PAS membuktikan parti Melayu itu tidak Islam, Abdul Hadi berkata: "kita tidak boleh menentukan akidah seseorang".

"Apa yang penting, sikap dan tindakan (mereka) mestilah bersifat Islam. Kita berhadap saudara-saudara kita daripada Umno kembali ke pangkal jalan.

"Kita adalah satu bangsa, satu agama ... Kita mestilah melaksanakan Islam sebagaimana (diperintahkan) dalam al-Quran dan Hadis.

Dalam ucapannya sebelum itu, Abdul Hadi yakin PAS akan sekali lagi menang di kerusi DUN Manek Urai - yang dipegangnya sejak tahun 1959 dan hanya kalah sekali kepada BN pada tahun 2004 sahaja.

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek,undi PAS," katanya.

Hadir sama berceramah ialah ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu di Chucoh Puteri.

Mohamad dalam ceramahnya sebelum itu yakin, sokongan padu terhadap calon PAS daripada pengundi yang menetap di luar akan memastikan PAS mendapat lebih daripada 2,000 majoriti kali ini.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula