Tawaran Umno RM 300 kepada pengundi Manek Urai


Tawaran RM300 kepada penduduk Manek Urai sahaja. Tidak usah pulang membuang undi pada pilihanraya kecil 14 Julai ini jika mahu ganjaran tersebut, lapor akhbar internet Harakahdaily semalam.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman,Harakahdaily melaporkan wang itu sebagai habuan untuk menggalakkan pemilih memulaukan proses pembuangan undi.

"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran," katanya. "Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi."

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula