Pertembungan antara PRO dan CONTRA ISA



Tunggu dan lihat apa akan terjadi bila dua pihak bertembung.

Satu pihak membantah ISA dan satu pihak menyokong ISA.

APA ITU AKTA ISA ?

Internal Security Act ( ISA ) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Kuasa mutlak berkenaan ISA telah diberikan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Melalui ISA, PM dan Menteri Dalam Negeri boleh mengarahkan pihak polis menahan sesiapa sahaja selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh 2 tahun jika diluluskan oleh Menteri dan tempoh itu boleh disambung tanpa had maksimum.

Penahanan boleh dibuat tanpa perlu membawa mereka yang dituduh ke mahkamah untuk dibuktikan bersalah atau tidak. Bermakna orang yang tidak bersalah juga boleh ditahan mengikut kehendak Menteri.

ISA BERCANGGAH DENGAN HAK ASASI MANUSIA DAN ARTIKEL 5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA DAN DIBAWAH ARTIKEL 5,6,7,8,9,10 DAN 11 DEKLARASI HAK ASASI ANTARABANGSA.

Oleh itu, adalah menjadi satu tanggungjawab kepada seluruh warganegara Malaysia menyatakan bantahan dan mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta ISA sebelum anda dan keluarga anda menjadi mangsa kezalimannya.

TUNTUTAN RAKYAT PADA PERHIMPUNAN 1 OGOS INI DI KUALA LUMPUR :

  1. MANSUHKAN ISA
  2. BEBASKAN TAHANAN ISA
  3. TUTUP KEM KAMUNTING

2 Comentários:

nurul haq said...

ISA adalah hukuman yang paling zalim...hukuman yg bercanggah dengan agama...hukuman yg menyekat kebebasan manusia....ayohlah sahabat2 mari kita menentang akta ini.....turut samalah kita menyertai perhimpunan pada 1 ogos ini,bagi menunjukkan protes kita pada akta ISA yg KEJAM..
TERIMA KASIH PEMUDA KIJAL kerana memaparkan artikal ini...

Penentang ISA said...

Sememangnya akta ISA ini satu akta yang sangat kejam.

Ini adalah undang-undang rimba yang tidak sepatutnya diamalkan oleh kerajaan Malaysia.

Ianya menyalahi hak asasi manusia dan membelakangkan kebebasan seseorang.

Ayuh kita sama-sama ke perhimpunan mansuh ISA pada 1 Ogos ini.

Persetankan Gerombolan-gerombolan yang menyokong undang-undang rimba ini.

Kita mara ke hadapan wujudkan kerajaan rakyat yang benar-benar adil dan telus.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula