Hak Yang Kelantan Perjuangkan.


Ada 3 isu yang diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi pihak rakyat negeri Che siti Wan Kembang.
  1. Tuntutan royalti petroleum.
  2. Pendaratan gas di Kelantan.
  3. Kelulusan permohonan ' Supply Base ' di Kelantan.
Tuntutan Royalti

Pada masa ini, terdapat 2 kawasan pengeluaran di mana Kerajaan Negeri Kelantan berhak menerima pembayaran royalti iaitu;
  • Kawasan Malaysia - Vietnam commercial Area Agreement ( CAA ).
Kawasan ini melibatkan usahasama carigali di mana Petronas memiliki 46.06 peratus di Blok PM-3 dan 36.85 peratus di Blok 46-Cai Nuoc.

Kerja pengeluaran minyak bemula pada 1997 bagi fasa 1 , 2 dan 3 mencapai kemuncaknya pada tahun 2004.

Ia melibatkan kerja-kerja di telaga West Bunga Kekwa, East Bunga Raya, West Bunga Raya, NW Bunga Raya dan Bunga Seroja.

Mengikut kenyataan akhbar Talisman, kapasiti pengeluaran gas ialah 60,000 tong minyak sehari dan 270 mm cfpd sehari.

Gas yang dibeli oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui paip 24 inci sejauh 170km gas Platform Resak.
  • Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand.
  • Kawasan PM 301.
Kawasan ini adalah yang paling hampir dengan pantai Kelantan, berbanding pusat JDA sejauh 150km. Suka diingatkan, kawasan pusat JDA dengan Kota Bharu adalah jarak yang paling dekat, berbanding jarak JDA ke Songkhla sejauh 260km atau ke Pattani sejauh 180km.

Pengeluaran gas di kawasan PM 301 akan bermula pada 2011/2012 tetapi hingga kini, tidak ada apa-apa makluman diberikan kepada kerajaan Negeri Kelantan dengan pembayaran royalti yang sepatutnya dibuat.

adalah wajar isu ini dibangkitkan lebih awal supaya hak rakyat Kelantan tidak diabaikan.

Pendaratan Gas Di Kelantan

Isu kedua yang diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri ialah pendaratan gas ke pantai Kelantan, terutama sekali gasyang akan dikeluarkan dari PM 301, iaitu blok yng paling hampir dengan pantai Kelantan.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah sekali lagi menulis surat kepada Pengerusi Petronas dan disalinkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini, mencadangkan satu zon ekonomi eksklusif bagi Petrol-Kimia dibangunkan di Bachok, Kelantan.

Pendaratan gas ini akan memberikan banyak peluang pembangunan ekonomi bagi negeri ini.

Kelulusan Permohonan 'Supply Base'

Kerajaan Negeri, melalui sebuah syarikat telah mencadangkan pembangunan supply base yang dikendalikan oleh pihak swasta dibangunkan di Kuala Besar, Kota Bharu untuk menampung aktiviti bersangkutan seperti penghantaran bekalan dan makanan, pembaikan kapal dan vessel serta aktiviti lain. Ini memandangkan Kota Bharu adalah paling hampir sama ada dengan kawasan pengeluaran JDA atau CAA yang begitu aktif sekarang.

Ia akan memberikan banyak peluang pekerjaan dan ekonomi kepada rakyat negeri ini. Namun hingga kini Kementerian Kewangan Malaysia belum memberikan keizinan walaupun permohonan telah dibuat lebih dari 3 tahun.

Adalah diharapkan Kerajaan Pusat bertindak adil dan saksama tanpa mengira kepentingan politik kepartian dalam menimbang hak bersama rakyat Kelantan.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula