BN Sepatutnya Menang Di Manek Urai


Oleh: Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek

Pelbagai tajuk dan ulasan dibuat menurut persepsi masing-masing tentang PRK Manek Urai. Saya sengaja menulis tajuk di atas. Kenapa? Melalui analisis Awani, maklumat yang disebut oleh salah seorang panel ialah bahawa Manek Urai bukan kubu kuat PAS. Pengundi boleh sahaja berubah menurut pelbagai faktor. Sejarah PR sebelum ini di Manek Urai pernah menyaksikan calon BN menang, dan kemudian PAS menang.

Saya katakan bahawa BN sepatutnya menang, walaupun dengan majoriti 1 undi. Sekali lagi, kenapa?

1. Najib baru sahaja menyambut harijadi 100 hari memerintah. Media utama kerajaan menonjolkan kejayaan dan harapan kepada beliau dengan begitu tinggi. Najib juga menawarkan 11 hadiah kepada rakyat sempena 100 hari itu. Logiknya rakyat, termasuk di Manek Urai teruja juga dengan PM baru ini.

2. TPM memberi umpan jambatan baru kepada penduduk Manek Urai. Jambatan memang sangat dikehendaki oleh penduduk di situ. Ditambah dengan ‘agropolitan’nya dan janji-janji manis pembangunan.

3. BN menggunakan-seperti biasa- menggunakan segala agensi kerajaan seperti Kementerian-Kementerian bagi membantu meraih undi.

4. Dan tentu sekali RM-RM yang entah berapa jumlahnya (dalam beg-beg bersaiz besar?) akan mencurah turun kepada penduduk yang tentu sahaja ‘kelabu mata’ bila menerimanya.

Logiknya dengan segala faktor di atas, ditambah dengan perli-perli kepada calon PAS yang latarbelakang kelayakannya lebih rendah dari calon BN, BN sepatutnya boleh memenangi kembali kerusi Manek Urai, walaupun dengan majoriti tipis. Tetapi nampaknya BN terus kalah dan kalah dalam PRK. InsyaAllah kekalahan demi kekalahan ini akan membuahkan KEKALAHAN dalam PRU 13 akan datang.



Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula