Benarkah Penularan Wabak Selsema Babi Dalam Keadaan Terkawal?

RAKYAT Malaysia kini semakin tertanya-tanya apakah tindakan yang akan, telah dan sedang diambil Kementerian Kesihatan dalam usaha untuk mengawal penularan wabak Selesema Babi Influenza A H1N1.

Sehingga kini, sudah 434 kes sudah dicatatkan di seluruh negara dimana 133 kes daripadanya adalah jangkitan tempatan.

Jawapan daripada Menteri Kesihatan pula dilihat agak kontoversi. Bila ditanya jumlah sebenar pesakit H1N1 yang telah sembuh dan dibenarkan keluar wad, beliau telah menjawa seramai 343 orang telah berjaya dirawat.

Namun dalam majlis yang berlainan, media melaporkan jumlah pesakit H1N1 yang dibenarkan keluar hospital adalah 335 orang. Mana satukah yang betul sebenarnya ini. Adakah dalam kes yang seberat ini pun pemimpin Umno BN masih nak menipu rakyat?


Perkara seperti tidak seharusnya disembunyikan hanya untuk menutup kelemahan kerajaan dan kementerian kesihatan. Ini kerana perkara atau isu selsema babi ini melibatkan nyawa orang awam.

Kerajaan seharusnya bertindak dengan lebih sistematik. Mana-mana kawasan yang disyaki terlibat dengan penularan virus ini hendaklah diberitahu kepada umum.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula