'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia
dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah
'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa
tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan
besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak
juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari
melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada
anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan
terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri
mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan
lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang
curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang
kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung
jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah
dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

Berkata Ubadah bin Somit r.a :
"Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku",

maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat
protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan
mungkar, khasnya zina.

*BILA LELAKI MENJADI DAYUS?*

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS
apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki
lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama
dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat
dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat
(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang
menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman
lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah
kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri
memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang
starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada
jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan
lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa
berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan
sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab
yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang
sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa
terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki
sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat
tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa
sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya
akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri
atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku
secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus'
kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah
satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa
besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan
bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada
ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu
walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli
keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut
Syeikh Syuaib Arnout)

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula