PKR kekal Penanti


BUKIT MERTAJAM - Seperti dijangka, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Mansor Othman mengekalkan penguasaan parti itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada pilihan raya kecil kecil yang berakhir semalam.

Dr Mansor, 56, yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, mendapat 6,052 undi menewaskan tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Berapit, jam 8.25 malam tadi.

Dr Mansor menang dengan memperolehi 5, 558 undi majoriti.

Walaupun majoriti kali ini meningkat dua kali ganda tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu apabila seramai 12,667 daripada 15,421 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Hanya 46 peratus pengundi keluar mengundi berbanding 82 peratus pada Mac 2008.

Jumlah yang keluar mengundi ialah 7,100 orang. Undi rosak ialah 107.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang kecewa dengan perkembangan tersebut menyifatkan jumlah itu sebagai ‘paling rendah dalam sejarah pilihan raya’ di Semenanjung.

Paling rendah iaitu 15.3 peratus dicatatkan di Sara-wak pada 2006.

Sementara tiga calon Bebas hilang wang pertaruhan mereka.

Aminah, 56, yang lebih dikenali sebagai Kak Min mendapat 392 undi, Nai Khan Ari, 494 sementara Kamarul Ramizu, 56 undi.

Berada di dewan itu ialah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik.

Turut kelihatan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Naiib Presiden, Azmin Ali; Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Nai Khan Ari.

Aminah dan Kamarul Ramizu tidak hadir

Proses penjumlahan undi bermula pada jam 5.15 petang apabila peti undi pertama dibawa masuk ke dewan itu.

Sebanyak 15,384 orang layak mengundi dalam pilihan raya itu iaitu 15,360 pengundi biasa dan 24 undi pos.

Proses undi pos melibatkan anggota polis berlang-sung Jumaat lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dengan 20 orang menunaikan tanggungjawab masing-masing.

DUN Penanti mempu-nyai sembilan pusat mengundi dan 32 saluran atau tempat mengundi yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Seja o primeiro a comentar

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula