Pesanan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Tantawi kepada Pejuang-pejuang Islam


Assalamualaikum


Pada 18 Jun 2009 satu ceramah telah diadakan di Pengkalan Cicar, Bukit Kuang anjuran MTD Kijal dengan kerjasama Pemuda PAS Cawangan Pekan Bukit Kuang. Para penceramahnya ialah Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan YB Abdul Wahid Endut Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan Pemuda DUN Kijal iaitu Ustaz Zulkifli Hj.Nara.

Turut hadir memeriahkan suasana ialah YDP PAS Kawasan Kemaman Ismail Harun, Timb. YDP Kawasan Kemaman Ustaz Alias Abd. Hamid dan Naib YDP PAS Kawasan Kemaman Ustaz Hj Hazri Jusoh.

YB Abdul Wahid Endut banyak menyentuh isu-isu projek Barisan Nasional yang banyak melibatkan rasuah terutama kes yang terbaru, kejadian runtuhan Stadium Sultan Mizan yang baru berusia 1 tahun lebih. Projek yang menelan belanja hampir 300 juta itu telah ranap menyembah ke bumi akibat penyelewengan Kerajaan BN Negeri Terengganu di zaman Idris Jusoh terhadap rakyatNya. Kolam renang, Masjid Kristal dan Lapangan Terbang juga bakal menerima nasib yang sama, kata beliau lagi.

Nasrudin Hassan pula menyentuh tentang isu Kerajaan Perpaduan dan berpesan kepada semua ahli-ahli dan penyokong - penyokong PAS agar tidak cepat melatah dengan usul yang diutarakan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sebaliknya memberi peluang untuk diperjelaskan oleh beliau sebaik pulang dari London nanti.
Kebanyakkan dari kalangan kita belum memahami apa sebenar yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan.

Beliau juga menyarankan kepada semua yang hadir termasuk para Pimpinan Kawasan Kemaman agar bekerja lebih keras untuk merobohkan kubu kuat BN Terengganu yang berpusat di Kemaman. Dan memastikan kemenangan berpihak kepada PAS Kemaman. Kata beliau lagi, sekiranya BN Kemaman dapat ditumbangkan, Insya-Allah negeri Terengganu akan dapat ditadbir semula oleh Kerajaan Islam menjelang PRU ke-13 nanti.

Ins'Allah.


6 Comentários:

PupuBK said...

TAKBIRRRRRR.

renjer06 said...

mende hal mung Pupubk....!

nurul haq said...

renjer06 cam dok puah hati jer ngan Pupubk???
dok sama2 jemaah pun dok puah hato gok???????
kalu Pupubk silap tolonglar jelaskan dan perbetulkan,jgn asik nok hentam jer...
kitakan duduk dalam satu usrah..
Dok gitu saeng???
Bukan maroh,kawan hanya nasihat...
Bukan apa,untuk kebaikan bersama gok...
Kan nabi ada bersabda :"berpesan2lah kamu sesama manusia,kerana manusia selalu berada didalam kelalaian".

renjer06 said...

relaks ah nurul haq, hambe gurau je same2 saing. bak kata orang tua2 dok bergurau dok mesra, dok gitu?

nurul haq said...

hamba dok maroh ker renjer06..seperti apa yang telah hamba titipkan di atas.hamba cuma nasihat jer tadi.maaflah kalu ranjer06 berasa hati...
hamba ni hanyalah manusia yang lemah dari segi nok menasihati manusia yang lain.....

renjer06 said...

Kalu gitu ok ah! ambe terima nasihat deme.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula