PERJUANGAN MEMBAWA PERUBAHAN

Sesungguhnya sejarah manusia ini adalah sentiasa berubah dan berulang-ulang. Kerana itu orang-orang yang mengerti mengatakan bahawa sejarah itu selalu mengulangi dirinya.

Justeru kerana memang begitulah yang sebenarnya, maka apabila satu perjuangan untuk membawa kepada satu perubahan itu mahu dimulakan, perlu sekali orang-orang yang insaf dan suka berfikir membuat kajian dalam keadaan seperti apakah kedudukan Islam dan kaum Muslimin pada masa ini, sekiranya diambil bandingan dengan kedudukan Islam dan kaum Muslimin di zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Kajian dan penentuan terhadap kedudukan Islam dan keadaan kaum Muslimin hendaklah dibuat berdasarkepada bandingan dari petunjuk Al-Quran dan juga dari sejarah Rasulullah s.a.w. sendiri.

Pada hemat saya keadaan kita di negara kita apabila dibandingkan dengan sejarah Islam, maka kedudukan kita adalah seperti di zaman permulaan Islam di Makkah. Keadaannya hampir sama kerana orang-orang yang menyeru kepada Islam diejek-ejek serta difitnah-fitnahkan. Berbagai tohmahan dilemparkan kepada orang-orang yang menyeru kepada kesempurnaan Islam semata-mata untuk menggagalkan usaha yang murni ini.

Perbezaanya dengan zaman jahiliyyah Cuma pada zaman ini ada di kalangan orang yang mengaku Islam tetapi tidak mahu menerima kesempurnaan Islam. Mereka ini adalah berfahaman sekular.

Saya menyatakan pendapat saya secara terus terang kerana orang yang bercerita tetapi tidak benar itu adalah orang munafik dan ketahuilah kedudukan orang munafik di akhirat kelak adalah dalam neraka yang paling bawah. Saya tidak dapat menyatakan selain daripada itu kerana negara kita adalah sebuah negara sekularisma. Rasanya tidak perlu saya jelaskan apa itu sekularisma kerana anda sekelian sudah sedia maklum.

Negara sekular dengan faham sekular bukanlah negara Islam dan seperti yang anda mengetahui hukum-hukum yang berjalan di dalam negara kita hingga ke waktu ini bukanlah hukum-hukum yang didasarkan kepada hukum-hukum Allah. Hal ini terlalu jelas. Yang demikian tidaklah perlu dijelaskan lagi.

Bahkan apa yang dibangsakan kepada jabatan agama atau mahkamah syariah pun tidak mencerminkan hukum-hukum Islam yang sebenarnya. Hal ini sangat disedari oleh kebanyakan orang-orang terutama yang mengerti soal perundangan Islam. Seorang teman saya yang berjawatan menyatakan perasaannya, sekiranya beliau menetapkan hukum di dalam suatu perbicaraan, hatinya berkata hukum Allah adalah begini, tetapi beliau terpaksa menghukum sesuai dengan peruntukan yang telah diadakan.

Mungkin ada sesiapa mengatakan kepada anda bahawa negara kita adalah negara Islam kerana perlembagaan negara kita telah menyebutkan Islam adalah adalah agama persekutuan. Memang benar! Tetapi kesimpulan saya ialah: di sana tidak ada siang di waktu ada malam, dan tidak ada malam di waktu ada siang! Renungkanlah. Akan saya jelaskan di dalam penulisan saya yang akan datang mengenai perkara ini.

Memang orang-orang boleh bercakap dengan seribu lidah. Di hadapan orang Islam dikatakan bahawa Malaysia ini negara Islam, di hadapan orang liberal dikatakan Malaysia ini negara sekular. Di sekolah Arab dikatakan bahawa bahasa Arablah yang baik kerana ia merupakan bahasa Al-Quran. Di sekolah Inggeris dikatakan bahawa bahasa inggerislah yang penting kerana bahasa Inggeris itu adalah bahasa antarabangsa. Di masjid dikatakan inilah rumah Allah, Islam agama yang maha suci. Di hadapan berhala dikatakan semua agama serupa belaka, semuanya menyuruh berbuat baik.

Anda sudah tentu biasa mendengar kata-kata mainan seperti ini dan berbagai-bagai kata helah untuk mempersonakan para pendengarnya, justeru kerana lidah memang tidak bertulang. Tetapi itu hanya selama di dunia ini sahaja. Adapun di akhirat kelak, pada hari itu mulut mereka dijahit dan yang akan bercakap nanti ialah anggota mereka yang lain. Demikian lah yang diberitahu oleh Allah dalam Al-Quran.

Anda semua tentu telah menemuinya di dalam Al-Quran. Berbahagialah saudara sekelian sekiranya beriman dengan sepenuhnya. Adapun orang yang mengatakan kami beriman tetapi tidak sanggup mempertahankan keimanannya semata-mata kerana merasa terpaksa oleh soal-soal kehidupan dunia adalah orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri. Kasihanilah mereka itu, kerana mereka itu telah dipesongkan dari jalan yang lurus. Mereka sememangnya perlu dikasihani dan diajak kembali ke pangkal jalan.

Firman Allah subnahu wataala dalam surah An-Nisa’

sesungguhnya mereka yang kufur kepada Allah dan rasul-rasulnya, dan hendak membezakan antara Allah dan rasul-rasulnya, dan berkata: “Kami mahu beriman kepada sebahagian, dan tidak mahu beriman kepada sebahagian, dan mereka hendak mengambil satu jalan di antara itu”(150) Maka mereka ini ialah sebenar-benar kafir dan Kami telah sediakan bagi orang-orang Kafir itu, Azab yang amat hina(151)

Berdasarkan maksud firman Allah Azzawajalla di atas dapatlah kita ketahui siapakah orang-orang yang benar-benar kufur. Bukanlah saya bermaksud untuk mengkufurkan sesiapa, namun hakikat kekufuran itu jelas sebagaimana firman Allah Azzawajalla di atas.

Adakah orang-orang Islam yang menolak perlaksanaan Hukum Allah di negara kita ini layak digelar orang beriman sedangkan mereka menolak sebhagian perintah Allah dan mengamalkan sebahagiannya sahaja.

Renungkanlah wahai sahabat-sahabat yang mempunyai kewarasan yang berteraskan wahyu. Adakah kita berada di landasan yang benar sebagaimana dikehendaki Allah dan Rasulnya?

Oleh:

Muhammad Redhwan bin Nordin

Ketua Lajnah Teknologi Maklumat@ICT

Pemuda PAS Dun Kijal

1 Comentário:

idriss94 said...

akulah

aku sokong hok ape penulis kabo! aku cadang kepada penulis agar buat artikel tentang masalah pemudalah. Banyok dok oh wak masalah

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula