Peringatan dari Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi (flasback untuk pemuda PAS Kijal)


Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan menaruh kepercayaan dan harapan terhadap Ucapan Dasar Presiden PAS yang menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.
Beliau yang berucap dalam membahaskan penggulungan muktamar berkata perkara penting yang disebut dalam Ucapan Dasar Presiden itu memerlukan buruh untuk berkerja.

Justeru katanya, barisan Pemuda PAS bersedia menjadi pejuang-pejuang dan petugas yang akan membawa Islam memimpin perubahan.

"Saya ingin menegaskan tentang harapan Presiden itu. Harapan tersebut telah diikat oleh Rasulullah. Pemuda pada zaman Rasulullah bersama-sama berjuang dengan Baginda.

"Pemuda PAS sentiasa menjadi penyokong yang hebat dalam perjuangan Rasullullah. Mereka menyatakan, kami tidak akan menjatuhkan air muka Rasullullah. Justeru Pemuda juga tidak akan mencemar wajah Presiden dan Mursyidul Am.

"Dewan Pemuda PAS akan memelihara manhaj ketulinan perjuangan dan akan menjaga indentiti dan jati diri parti dengan dakwah, tarbiyah, siasah, fundamental, kontemporari dan futuristik," katanya.

Dalam pada itu, Nasruddin turut menegaskan Pemuda PAS akan sentiasa segar dan tegar untuk memberi kritikan kepada pemimpin yang mana dalam masa yang sama kami juga bersedia untuk dibimbing.

"Saya tertarik dengan ingatan PAS Kelantan bahawa Umno berpecah belah dan dikenali sebagai spesis yang berbahaya tidak diberi ruang untuk menghancurkan perjuangan," katanya.

Sementara itu, Nasruddin turut mengingatkan seluruh ahli PAS, walaupun benci kepada Umno dan Barisan Nasional, jangan keciciran daripada menyampaikan dakwah.

"Kalau Allah pernah mengutuskan Nabi Musa untuk bertemu dengan Firaun, kita juga berharap dapat mengembangkan dakwah untuk mereka kembali kepada Islam bagi mengemuka perubahan," katanya.

Kepada para pemuda Islam yang mendokong perjuangan PAS marilah sama-sama kita realisasikan amanat dan harapan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi moga jemaah kita ini akan lebih teguh dan mantap. Segala cabaran, rintangan dan tipu daya pihak lawan kita hadapi dengan berbekalkan keimanan di hati.

3 Comentários:

nurul haq said...

Kami pemuda PAS Kemaman insya-Allah akan mendokong amanat tuan guru..bekerja demi memartabatkan islam....
Camner ngan pemuda dun kijal????
apakah perancangan kamu nak menjinakkan pemuda2 UMNO??x kang nok duk diam jer??tampillah kedepan..
jgn cakap jer,tp kejer dok wak pun..
jgn maroh...aku bukan mengata,tp sebagai penaik semangat pemuda jer..

Pemuda Berani Berjuang said...

Insya-Allah kami pemuda Kijal mendokong amanat tuan Guru dan bekerja demi memartabatkan Islam di dunia.

nurul haq said...

alhamdulillah.......
Jika itu yang dikatakan oleh pemuda berani berjuang,insya-Allah PAS di Dun Kijal akan memperolehi kemenangan dengan pertolongan Allah swt.
Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!
Hidup Islam!Hidup Islam!Hidup Islam!

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula