Liga Bolasepak 7 Sebelah Pemuda PAS Dun Kijal.


Pada 26 Jun 2009 Pemuda PAS Dun Kijal telah menganjurkan satu perlawanan bolasepak 7 sebelah tertutup Dun Kijal. Perlawanan tersebut telah berlangsung di Padang Bola Awam kampung Bukit Kemuning Kijal.

Perlawanan ini telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipetua PAS Kawasan Kemaman merangkap Pengarah MTD Kijal Ustaz Haji Hazri b. Jusoh.

Sebanyak 24 pasukan dari seluruh cawangan- cawangan di Dun Kijal telah menyertai perlawanan ini.

Perlawanan bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 6.30 petang. Acara perlawanan yang diselangi dengan cabutan bertuah telah menarik ramai pengunjung.




Pasukan yang berjaya mara ke peringkat akhir adalah pasukan Nyor Komen dari Cawangan Bukit Kemuning dan pasukan Arab FC dari Cawangan yang sama.


Hadiah wang tunai RM300, medal dan baucer makan malam yang bernilai RM150 telah dimenangi oleh pasukan Nyor Komeng berserta piala pusingan selaku johan perlawanan.
Manakala naib johan pula disandang oleh pasukan Arab FC yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM150, medal dan baucer makan malam yang bernilai RM100.
Baucer makan malam telah ditaja oleh Restoran Sala Thai Seafood, Bukit Kuang.



Majlis penyampaian hadiah dan penutup telah disempurnakan oleh Naib Yang Dipetua PAS Kawasan Kemaman merangkap Pengarah MTD Kijal Ustaz Haji Hazri b. Jusoh.

1 Comentário:

lemang said...

Bakpe gambo saya tak dok pun!!!!!

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin

Followers

PEMUDA PAS DUN KIJAL ©Template Blogger Green by Dicas Blogger ©Blogger.

Atas Semula